Wednesday, 10 August 2011

Mari Mengira


Ramai yang cakap sekarang ni kalau suami isteri kerja pun, kalau takde inisiatif lain untuk topup belanja isi rumah memang awal bulan dah kering. Nape awal bulan lagi dah kering? Sebab dapat gaji je terus bayar hutang yang kebanyakannye cecah 80% dari gaji kita, so tinggal la bape sen je nak survive sebulan. Then tunggu gaji lagi, ulang lagi benda yang sama, sampai bila? Sampai bila-bila la kita tahan selagi belum rasa nak maju setapak untuk cari inisiatif lain untuk bantu financial freedom.

Contohnya…bagi mereka yang tinggal di bandar especially Klang Valley, Kuantan, JB, Penang..

Kategori Sederhana - Family Kecil (Suami + Isteri + Dua orang anak)
Sumber pendapatan
Perbelanjaan Isi Rumah Yang Wajib



Gaji Suami RM3500

+                       

Gaji Isteri RM3000
Rumah Sendiri/Sewa = RM1000
Kereta dan petrol = RM1000
Anak (Nursery/Sekolah/Pengasuh/Peralatan/Ubat/Susu dan lain2) RM700 setiap orang. 2 x RM700 = RM1400
Hutang Kad Kredit/Personal loan/Study Loan = RM700
Ayah Mak kat Kg dua belah suami isteri = RM400
Insuran minimum RM100 setiap orang. 4 x RM100 = RM400
Belanja dapur = RM1000
Saving minimum = RM200
Jumlah = RM6500    
Jumlah = RM6100
Baki = RM400???


Baki RM400 lagi…belum masuk belanja yang kecil and emergency..
Breakfast + Lunch kat ofis untuk 22 hari bekerja?
Kereta breakdown?
Nak tengok wayang?
Nak makan malam kat luar?
Nak jumpa kawan or sedara kawen, deliver baby, sakit?
Family gathering, kene pulak turn kat rumah kita?
Nak jalan-jalan dengan family?
Saving RM200 sebulan cukup untuk bayar roadtax, insuran, cukai, saman..
Belum lagi kira bil letrik naik, bil air naik, minyak naik, astro naik..kita naik angin..huhu

Nak Raya..seronoknye…Tapi yang tak seronoknya…
Baju raya the whole family…
Kueh raya..rumah mak, mak mertua, rumah sendiri..
Duit raya..lalalalalala
Nak tukar ape yang patut, langsir ke ape ke..
Servis kereta…
Wajib ada at least RM3000 dalam tangan, macam mana? Tak payah pening kepala, buat je loan bank banyak sekarang yang tengah buat offer personal loan ok. Jangan lupa dah bertambah lagi personal loan yang nak kene bayar sekurang-kurangnya RM100 untuk 5 tahun..huhu..gaji kita pun belum tentu bertambah RM100 setahun tau..haruuu...tahun depan nak raya lagi, pinjam lagiii..

Kalau kita nak buat loan kene make sure ada sumber yang bertambah. Jangan ada aliran keluar yang bertambah tapi aliran masuk sama je dari dulu makin berkurang.

Itu kalau yang boleh buat loan, kalau yang tak boleh buat loan macam mana? Masih lagi tak nak perbaiki kehidupan dan nak berpanjangan pening kepala tambah hutang sehari demi sehari..just imagine kalau nak buat loan RM5000 pun tak dapat, macam mana kalau nak buat loan rumah atau loan kereta yang berpuluh ratus ribu? Seriously u need to think twice perlu ke tak perlu kita buat something yang boleh merubah kita kearah yang lebih baik, jika perlu ubah, ubahla wahai kawan.

Macam mana nak settle financial kita kalau kita tak buat sesuatu, tapi kita nak sesuatu yang berbeza..

Nak tunggu sampai kita dah ready? Bila ek rasanya kita akan ready? Biasenye kita ni kalau ada sesuatu yang dah terjadi dan terdesa barulah kita ‘ready’..surely kalau kita baru nak bertindak dalam situasi memaksa kita takkan happy…


 

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...