Thursday, 27 February 2014

Dadih homemade -perasa original


Assalam..

Semalam, marissa mintak nak makan dadih..sebenarnya sehari sebelum tu dah beli kat kedai..rm0.60 sekotak kecil tu???mahainya....but mu husband cakap kat sekolah jual rm1...ok, ok...lebih baik ummi yang buatkan...lagi puas hati..makan la korang sampai kenyang dadih ni...

so, google punye google...jumpa la resepi ni...sebelum ni memang dah biasa buat dadih..tapi yang instant punya...cuma tambahkan air, gula ngan susu cair je...tapi kali ni nak buatkan yang homemade...betul-betul homemade okeh...




10g agar-agar serbuk
2 liter susu segar
1.2 liter air
1 1/4 cawan gula
1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan 2 sudu besar air)
secubit garam


- Masakkan air dengan serbuk agar-agar sampai larut dan mendidih
- Masukkan garam, gula dan tepung jagung yang dah dibancuh. Masakkan dengan api sederhana, sentiasa kacau ok
- Masukkan susu segar. Bila  dah nampak nak mendidih, tutup api
- Nak letakkan apa-apa perasa kegemaran, boleh diletakkan
-Masukkan ke dalam bekas, sejukkan dan letak dalam peti ais

*Jangan masak terlalu lama, nanti jadi keras
*kalau nak letakkan perasa, apa-apa perasa pun boleh. Contoh boleh letak 1 liter susu segar campur dengan 1liter susu chocolate + chocolate emulco, ataupun gantikan dengan susu segar strawberry + strawberry emulco, atau apa-apa perasa yang korang suka
 

Iman sekali makan 2 bekas..memang puas hati bagi korang yang ade ramai rakyat =)

Selamat mencuba!!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...