Wednesday 16 January 2013

Pil Maharani: Cara Makan




KELEBIHAN PIL MAHARANI

Menambahkan darah dan tenaga batin

Membantu untuk masalah sakit pinggang

Menghilangkan keletihan

Menyelaraskan kitaran haid yang tidak teratur

Melegakan sakit sendi , lutut dan angin dalam badan

Menguatkan hati dan ginjal

Melegakan msalah wanita seperti keputihan, haid tidak tetapdan senggugut 

Mengelakkan kemandulan


  


CARA PENGAMBILAN

Makan selepas period habis (tidak boleh dimakan ketika dating period)

Makan selama 6 hari berturut-turut sebanyak sebiji bola kuning (= 50 biji pil hitam kecil) sehari. Hentikan buat sementara dan teruskan selepas period bulan seterusnya.



PETUA

Jika berlaku masalah seperti sakit kerongkong ataupun panas badan, kurangkan pengambilan daripada 50biji kepada 25biji sehari. Kesan kepada setiap individu berbeza

Elakkan memakan makanan yang sejuk seperti tembikai sewaktu memakan pil ini.

Minum banyak air


Jangan risau untuk menggunakan pil Maharani ni kerana:

Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia - MAL 20014419T

Disahkan Halal oleh Pertubuhan China Islamic Association
(salah satu badan Islam luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM)


 


Untuk keterangan lanjut

SYA 
012-2806710



Friday 4 January 2013

Azam Tahun 2013


Salam semua...

Bila sampai tahun baru, benda pertama yang ada dalam fikiran ialah azam....nak buat azam baru...tapi azam tahun lepas dah berjaya capai tak korang?Jangan setakat buat azam di awal tahun je, lepas tu tiba-tiba hilang dibawa angin lalu....

Bila kita dah start buat azam, apa-apa pun mesti usaha untuk dapat jugak..and kita kena sentiasa ingat azam kita..jangan sampai janji tinggal janji plak heheh..and jangan lupa untuk usaha bersungguh-sungguh..so the end of the year, tak sia-sia segala usaha yang kita buat...

hmmm ape plak azam sy tahun ni?



Diamond Sales Manager
Pangkat DSM pangkat ke 3 tertinggi dalam biz ni..ape kelebihan bile dah naik pangkat ni?of coz...car fund!!Sape yang tak nak car fund kan..duit minyak free wherever you go, tol semua free..not once a year, not once every 6 month but every MONTH..car fund ni dari RM1,000 - RM3,000..bonus pun mesti la lagi gempak kan.. dalam RM7,500 - RM8,000..plus dapat branded jam tangan lagi daripada Madam Chan..and other gift from our leader (",)




 Trip to Shanghai
Our company baru open new package to Shanghai...sape yang tak nak pegi kan..tiket free pegi balik(bukan naik tiket tambang murah ok...), hotel 5 star, makan minum semua support..all you have to bring is yourself (of coz...) and duit belanja..untuk shopping!!!




Family Vacation
Our small family tak penah pegi holiday nun ke Malaysia Timur..and sy sendiri tak penah sampai pun!My husband teringin nak pegi ke Sabah..and sy pun memang teringin jugak ke Kundasan..my sister cakap tempat tu lagi sejuk daripada Cameron Highland...tapi kena tunggu selepas bulan June ke atas, sebab masa tu Iman dah 6bulan, jadi boleh la bawak dia jalan-jalan jauh sikit...


Exclusive Breastfeeding
Anak-anak sy semua breastfeeding tapi tak ekslusif...sebab sebelum umur 6 bulan dah diberikan makanan tambahan..so Iman kali ni takkan diberikan makanan tambahan sebelum umur 6 bulan..dan sy akan menyusukan Iman sampai dia berumur 2 tahun, in sya Allah.... susu ibu ni memang sangat bagus untuk anak-anak kita..memang tiada bandingan dengan susu formula.Semoga anak-anak sy akan menjadi anak yang soleh dan solehah, amin..



Kereta Baru
Selama ni sy berbiz hanya menggunakan kereta hubby je..so untuk memudahkan segala urusan, better have a new car..so tak payah nak bergantung kepada mr hubby untuk ke mana-mana kan..walaupun dia dengan rela dan ikhlas untuk menemani sy berjumpa biz partner and prospect, but better for me to have other car..not expensive one, sebab nak beli other dream car for our growing family later heheh..and sy sgt suka kereta kelisa, sejak zaman anak dara lagi...comel sangat-sangat..lepas kawin, rupanya my hubby pun suka jugak..tapi lebih comel kalau sy yang drive kereta ni compare ngan die!


Be Better Mom and Wife 
sy adalah seorang isteri dan ibu kepada 3 orang cahaya mata..but i want to a better..lebih penyayang, penyabar, dan lebih handal memasak... ahhhaaaa akan ku tunjukkan skill memasakku lebih baik lagi sehandal Top Chef!


in sya Allah..semoga dipermudahkan azam tahun ni...amin..amin..amin...




Thursday 3 January 2013

Petua untuk baby jaundis



Salam semua….today adalah hari ke 31 sy berpantang…haih tak sabar nak abis pantang!!tak sabar nak makan macam-macam (even though sekarang pun memang dah makan macam-macam hahhaha)..actually ni nak share pasal jaundis…kebanyakan baby memang kena jaundis kan…iman pun sama jugak…luckily tak sempat warded…paling tinggi 246.6…huhhh berdebor giler esoknya nak dapat result…tak silap masa tu ari ke 6 rasanya…nasib baik la turun 233 esoknya…dan turun and turun lagi….

So, petua untuk baby yang jaundis ni….





1.       Makan kurma banyak-banyak
·         Makan kurma ni bukan lepas mengandung, lebih baik makan time pregnant…start bile kita tau kite pregnant, terus makan cepat-cepat…setiap ari..jangan skip!!awal-awal tu, makan la ikut sunnah dalam sebiji, 3biji atau 5 biji sehari..bile dah makin sarat tu, makan banyak-banyak…sampai nak termuntah hehhe…my cousin makan macam makan nasi…Alhamduillah bile lahir baby tak kena jaundis..lagipun kurma ni memang bagus makan kan..but yang ni sy buat dengan tak bersungguh-sungguh, kadang-kadang makan, kadang-kadang tak…so tak menjadi la eksperimen ini huhuuh
·         So, sy pun makan la lepas bersalin..untuk banyakkan susu jugak..and untuk kurangkan jaundis..sampai sekarang masih makan..

2.       Makan buah anggur hitam
·         Baca elok-elok ye…anggur HITAM..bukan kuning, merah atau seumpama dengannya….yang ni nurse yang bagitau..ibu makan, and baby pun bagi makan airnye..tapi sy je yang makan aritu..sebab memang nak ekslusif bf baby, memang tak nak bagi baby makan ape-ape.so ibunye lah yang makan segala bagai untuk anaknya…ade orang kata anggur ni sejuk, takut ibu plak sakit urat..wallahualam….sy makan je...ape saja, untuk anak....



3.       Makan buah anggur hijau
·         Hahha..tiba-tiba anggur hijau plak ye…yang ni sy tak cuba..sebab kawan sy cakap, memang la jaundis akan turun , tapi ia akan naik plak…so bile kita makan ni macam menipu jela kan…sebab ujian darah akan naik plak lepas tu..so dangerous jugak..sebab tu sy tak cuba…korang nak cuba, suka hati la….



4.       Minum air kelapa
·         Yang ni sy tak buat ye…nak bagitau awal-awal lagi…sebab yang ni bagi minum dekat baby…bagi minum jangan la sampai segelas korang bagi kan…agak-agak la…kang kembung plak baby..sian die…

5.       Mandikan dengan ubat kuning
·         Ubat kuning ni boleh didapati di kedai ginseng Cina…sy dah cuba…tapi bile kawan-kawan cakap jaundis akan semakin naik, sy pun stop huhuuh..ade orang cakap berkesan, ade yang cakap tak…bergantung kepada individu ye..sy tak jamin 



 6.       Mandikan dengan air daun belimbing buluh
·         Haaaa….yang ni sy buat..lepas kawan cakap tak boleh mandikan dengan air ubat kuning, sy pun mandikan dengan air belimbing buluh…alhamdulillah turun…tak tau la samada memang sebab ni ke kan…wallahualam
  ·  Caranya: Rebus daun belimbing buluh dengan air sampai mendidih. Pastu campurlah dengan air sejuk sampai jadi suam (sesuai untuk baby mandi).Then mandikan baby macam biasa. Ada orang kata rebus sekali ngan daun inai, but ade yang cakap daun inai tu nanti keluar warna kuning, tak sesuai..so boleh guna daun pandan untuk wangikan air tu..sekian…



 7.       Minum air tebu hitam
·         Yang ni bagi baby minum…and sy pun tak cuba jugak..ade jiran bagi minum 2x terus jaundis turun…hubby memang cari jugak tebu hitam ni, and dah dapat pun..Cuma sy yang tak bagi minum..sebab alasan yang sama, taknak bagi baby minum…


 8.       Bagi baby menyusu susu ibu
·         Ini adalah petua yang paling berkesan dan paling UTAMA…..bagilah baby minum SUSU IBU dengan kerap..every 2-3 hour sekali…tapi time tengah genting tu, sy bagi minum every 1 hour…(takut oooiii…)kalau baby tidur, kejutkan..buat la macam mana pun asalkan die bangun…lapkan muka dengan air ke, jentik-jentik telinga ke….nasi baik la Iman ni time umminye kejutkan, die memang menyusu je…pastu tido balik..bangun menyusu, tido balik...memang takde masalah nak kejutkan die bangun menyusu…good gal…
·         Jangan bagi minum susu formula….sebab susu formula ni susah nak hadam, jadi baby susah nak pooo pooo…baby yang jaundis ni kena poo pooo banyak. And susu ibu ni plak mudah hadam..jadi baby memang akan poo poo dengan kerap dan dengan jayanya…memang sehari ade la dalam 10x kena tukar diaper die huuhuh…walau ape pun, jangan la bagi minum susu formula…walaupun kita rasa susu kita sikit..hari pertama kita bersalin memang susu tak banyak..jangan risau, bagi lah anak menyusu, susu akan keluar walaupun sikit…and urut-urut lah breast kita untuk menggalakkan pengeluaran susu..in sya allah susu kita mencukupi untuk keperluan baby

Inilah antara petua yang saya dapat, dan ade yang sy ikut, dan ade yang tak..bergantung kepada korang lah nak ikut atau tidak…sy just nak share my experience…and luckily baby no 3 ni tak sempat warded…fuhh lega……

**psst..satu lagi orang kata bile tali pusat dah tanggal, maka jaundisnya akan turun...so buat la apepun sampai tali pusat tanggal hehhe..ape yang sy buat, spirit yang hospital bagi untuk sapu kat situ, sy sapu dalam 3-4 kali sehari..setiap kali tukar diaper, sy pun sapu ubat tu...and berjaya! Tali pusat Iman tanggal hari ke-5..abang dan kakaknye lebih 10 hari baru tanggal...cuba la....ni nurse yang bangitau..



Sangat-sangat bahagia tengok baby membesar dengan jayanya......




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...