Monday 26 August 2019

Set tilam baby






Setiap corak, korang boleh request tau. Nak corak atau warna camana..jangan risau, saya akan cuba penuhi permintaan korang sebaik mungkin

Sya
012-2806710

Bantal kanak-kanak


Antara hasil jahitan mengikut permintaan customer










Satu bantal berharga rm25. Boleh pm saya ye

Sya
012-2806710


Monday 12 December 2016

Pertunangan adik bongsu


Alhamdulillah majlis pertunangan adik bongsu sy dah selesai, the one and only brother...hambik kau dapat orang jauh naw haha...

 Jadi tukang bawak hantaran, bakal pengantin kat belakang






Dekorasi dari kelantan..bab sireh junjung & buah-buahan je mendeko di perlis

Cantik tak?? 1st time tengok dah jatuh hati, jadi gigih mencari tutorial dan hasilnya...wah tak sangka...

Alang-alang balik perlis(kampung ayah sy) syok sangat jalan-jalan. Entah lah..suasana kat sana dengan kelantan rasa sama je..mungkin sebab tanah air sendiri kan..feel nya lain je compare dengan tempat-tempat lain

Tumpah air ku..

Banyak sangat nostalgia kat kuala perlis ni..tiap kali balik mesti mandi air pasang. Kalau diingat-ingat hadoii kotornya air! Mesti cam jakun je dapat tengok air pasang, meroyan je nak mandi

Waktu terluang kitorang akan tangkap anak ketam, mengail dari titi papan guna benang..bila dapat tangkap anak ketam, seronok..tapi tak dapat lah nak makan..so nanti lepas balik..rasanya dulu waktu kecik memang bebas..mungkin dulu tak ramai orang jahat kot! Sekarang nak biarkan anak-anak main kat luar, kita sebagai parent kena pantau..risau ngan keadaan zaman sekarang

Thursday 17 November 2016

Tempahan barang bayi


 Tempahan barut bayi




 Sarung tilam bayi


Sarung tilam bayi dijahit oleh sy berbeza dengan di pasaran kerana ia turut ditambah dengan span nipis untuk keselesaan bayi anda

Nampak tak beza??


Sya
012-2806710


Wednesday 16 November 2016

Bedung bayi


Alhamdulillah siap tempahan bedung untuk Puan Nor Azlina










Bedung yang diperbuat daripada cotton flannel sangat lembut & sejuk, plus corak nya yang super comel.

Boleh digunakan sebagai bedung atau pun selimut, dengan saiz yang besar (39" x 39").

Sesuai untuk ibu yang menantikan kehadiran cahaya mata atau sebagai hadiah

Pm sy untuk tempahan

Sya
012-2806710


Thursday 13 October 2016

Kucing anak

Assalamualaikum

Dah lama tak mengupdate blog kan..agak busy sikit kebelakangan ni =)

Anak-anak sy ada haiwan peliharaan sekarang..anak kucing berumur 7bulan rasanya..dorang pelihara dari kecik sampai lah sekarang..dan diberikan nama 'kucing anak' 




Baru-baru ni, kucing mama (mak kepada kucing anak) telah melahirkan anak...again...sy memang tak ambik peduli pasal kucing..tak minat kucing...tapi takde la takut kucing..atau bencikan kucing. Sy suka tengok kucing yang comel tapi takde lah sampai membelai-belai, peluk kucing ( itu peranan anak-anak sy huhu)

Kucing anak dah manja ngan kitorang..kalau kitorang naik kereta nanti dia akan datang dekat dan buat muka kesian

Sebijik cam puss in boot


Tengah syok merempit di pagi hari, sy tertengok keadaan kucing baby ( baca: anak kucing yang baru dilahirkan) kesian sangat-sangat..kulit kepala dia tertanggal & menampakkan kepala dia. Ya Allah..sy jadi speechless, sampaikan tak boleh apa-apa kerja dah


Sy google klinik haiwan yang berhampiran ( awal-awal tu fikir nak hantar ke klinik kesihatan je kot-kot dorang boleh jahitkan haha) pastu jumpa satu klinik di bandar machang & terus ke sana..bab menyedihkan...sejam lepas balik dari klinik, kucing ni meninggal dunia. Beberapa kali sy check, betul ke..pegang perut, pegang tengkuk dia nak pastikan dia bernyawa ke tak

Si ibu mengiau-ngiau dekat sy seolah-olah nak bagitau anaknya dah takde...walaupun sy kenal kucing ni baru 3-4jam, tapi dah menitiskan air mata..now i know perasaan orang yang kehilangan kucing yang dibela bertahun-tahun sehingga menangis..i feel you...

Sy disedarkan jugak..rupanya perasaan kasih dan perikemanusiaan kepada haiwan masih ada jauh di lubuk hati ini


Terima kasih Allah


Friday 17 June 2016

Tempahan raya 2016


Hari ni hari ke-12 ramadhan..selamat berpuasa korang...half way to go..layan kan tempahan yang dah siap

 jubah A line..kembang nya sampai habis bidang..bila dah siap, berkenan plak tengok corak dia. mungkin bila dah susun corak nampak terletak je hehe


 baju kurung pahang..tahun ni banyak permintaan untuk baju kurung ni


 baju kurung moden, bunga sulam dari Bandung.tak dapat nak letak kat mannequin sebab saiz badan xs


 dress untuk baby umur 8bulan..comey sangat! nampak gaya kena usha mannequin untuk baby plak =)



close up sikit dress ni..suka kombinasi songket sarawak & kain hijau plain

lebihan kain mak nya request untuk jahitkan baju kurung

dah selesai separuh..tinggal lagi dalam 11pasang termasuk baju raya untuk diri sendiri dan anak-anak..tukang jahit TERpaksa jahit baju sendiri di akhir waktu sebelum tutup mesin jahit untuk sementara waktu..22 hari lagi, wish me luck!


p/s: tak sabar nak merdeka!!!!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...