Tuesday, 17 May 2016

Hadif patah tangan


Dugaan lagi..semoga dugaan ini untuk penghapus dosa-dosa kami, in sha Allah..bulan lepas hadif admitted, asma & jangkitan kuman dalam paru-paru.

ini cite bulan lepas..seronok dok dalam wad katanya..asyik maaakan je..pastu dapat bilik untuk 1orang...rezeki...



kejadian di sekolah khamis lepas..patah tangan. Cerita sebenar tak dapat dikenal pasti dengan sahih. Katanya ada lubang dekat longkang. Takde sesiapa yang tolak, dia jatuh dengan sendiri. (nak sangat pergi tengok lokasi kejadian, camana dia boleh jatuh) Kalau tak silap longkang dekat dengan kelas dia tak dalam pun

rasanya kalau dah kena kat parent lain, mungkin dah jadi viral dalam fb ahaha..kitorang rileks je, lagipun itu salah dia...tanggung sendiri lah sakitnya huhu


selepas bertukar kepada simen jenis fiber

jadi sekarang tengah cuti sakit..doakan hadif cepat sihat ye korang..opps sebelum terlupa

Selamat Hari Guru!!

(pssst...hajat di hati nak jahitkan sesuatu untuk cikgu hadif sempena Hari Guru, nampak gaya postpone sampai sekolah dibuka lepas cuti nanti)



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...