Tuesday, 31 May 2016

Persoalan yang sering berada dalam fikiran


Persoalan yang selalu ada dalam fikiran saya bila jahit baju customer, ok tak baju ni? selesa ke dia pakai? terBESAR ke? terKECIK ke? 

hampir semua tempahan saya akan tertanya-tanya..pastu dok telek-telek baju, ade je yang tak kena walaupun kesilapan sebesar kuman. kalau boleh dialter sampai puas hati. saya tau manusia memang tak sempurna, cuma was-was tu lebih hehe



untuk si ibu dan anak-anak..bila tengok dorang pakai, dan bagitau selesa..fuhh...macam seketul batu jatuh dari belakang =)

bercinta nak siapkan lace ni..

ok, nak start jahit baju tempahan untuk raya..wish me luck!


Saturday, 28 May 2016

binatang peliharaan kami


 memperkenalkan haiwan peliharaan kami...anak-anak ayam


 impian husband saya sejak dulu-dulu..at last tercapai jugak..hajat nak pelihara ayam kampung, next time kita tambah lagi..tak banyak pun, kitorang bela 15ekor je..untuk permulaan


gigih dia membuat sangkar ayam..just gunakan bahan-bahan terpakai je dan tambah sikit-sikit

dan hasilnya..anak-anak memang suka ape-ape haiwan..kalau boleh, memang nak pegang je ayam-ayam ni

semoga cepat membesar, sihat & gemuk-gemuk

=)


Saturday, 21 May 2016

tempahan: kenduri kahwin mei 2016

hajatnya nak start merempit baju raya, tapi kena settle kan dulu tempahan untuk kenduri kahwin cuti sekolah ni



banyak koleksi jubah yang dijahit tahun ni

adik beradik, tapi baju ibunya belum siap lagi..kita sambung kejap lagi

jubah kajn songket sarawak

Alhamdulillah rezeki...

tempahan raya dah ditutup ye...untuk lepas raya anytime k..whatsapp saya untuk tempahan..yang jauh, jangan risau, saya boleh poskan

=)


Tuesday, 17 May 2016

Hadif patah tangan


Dugaan lagi..semoga dugaan ini untuk penghapus dosa-dosa kami, in sha Allah..bulan lepas hadif admitted, asma & jangkitan kuman dalam paru-paru.

ini cite bulan lepas..seronok dok dalam wad katanya..asyik maaakan je..pastu dapat bilik untuk 1orang...rezeki...



kejadian di sekolah khamis lepas..patah tangan. Cerita sebenar tak dapat dikenal pasti dengan sahih. Katanya ada lubang dekat longkang. Takde sesiapa yang tolak, dia jatuh dengan sendiri. (nak sangat pergi tengok lokasi kejadian, camana dia boleh jatuh) Kalau tak silap longkang dekat dengan kelas dia tak dalam pun

rasanya kalau dah kena kat parent lain, mungkin dah jadi viral dalam fb ahaha..kitorang rileks je, lagipun itu salah dia...tanggung sendiri lah sakitnya huhu


selepas bertukar kepada simen jenis fiber

jadi sekarang tengah cuti sakit..doakan hadif cepat sihat ye korang..opps sebelum terlupa

Selamat Hari Guru!!

(pssst...hajat di hati nak jahitkan sesuatu untuk cikgu hadif sempena Hari Guru, nampak gaya postpone sampai sekolah dibuka lepas cuti nanti)



Saturday, 7 May 2016

Aksesori jahitan

 Apabila selalu merempit, saya perlukan sesuatu aksesori yang memudahkan saya untuk menjahit..lebih cepat, kemas, dan cantik...gitew...

ahaha..saya memang pantang masuk kedai menjahit, ade-ade je sesuatu yang nak dibeli..kalau online, lagi lah..nasib lah tak buat online banking, kalau tak hari-hari shopping je..

mengumpul koleksi tapak eheh

skru pemasang tapak

tapak ade banyak, memanglah wajib ade benda alah ni..nak tukar tapak, cuma tekan dan tapak akan dikeluar/dimasukkan..tak perlu bukak skru untuk pasang dan bukak tapak..dah jimat 5minit hehe..tapi ini untuk mesin industri, mesin portable saya tak tau ade ke tak kewujudannya

apabila dipasang pada mesin


 tapak piping..rm65...mahal hukhuk.tapi bila fikir untuk pelaburan jangka panjang, berbaloi lah...belum explore lagi, nanti nak buat piping baru kita godek2

magnetic seam

yang ni dah diletak pada mesin jahit. magnet dia kuat, memang melekat kat mesin. untuk pastikan jahitan kita dijahit pada landasannya gitew..


itulah setakat ini hasil pengumpulan aksesori saya..korang jangan memandai introduce yang lain ye, kang tergoda i..

bai...



Friday, 6 May 2016

tempahan: bedung moden


Saya ade beli satu kain ni, cantik sangat-sangat..sesuai untuk baby kecik. kain cotton flannel, sesuai untuk dibuat barang baby contoh cam barut, bedung etc

 corak binatang..sweet bangat!

dan hasilnya..bedung baby untuk bakal anak buah yang akan lahir Ramadhan ni, in sha Allah


contoh penggunaan bedung moden


untuk tempahan, boleh hubungi saya

sya
012-2806710


tempahan: dress godet


Minggu lepas siapkan satu dress untuk sorang customer. Design yang tak pernah saya jahit sebelum ni, ape-ape pun saya cuba, dan Alhamdulillah berjaya seperti yang diharapkan

 gambaran lukisan daripada cutomer

 inspirasi saya

dan hasilnya..taraaaa...


godet


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...