Thursday, 23 October 2014

Kacang apekah ini??


Korang kenal tak kacang ni??


kacang ni mama sy dapat daripada kawan sepengajian Al-Quran..kawan dia agih-agihkan benih ni..dan mama pun tanam kat umah..pastu mama bagi plak kat mak (mertua sy) dan mak tanam sampai berbuah-buah...banyak sangat...kacang ni senang je nak hidup..tanam je..pastu dia naik sendiri

best makan kacang ni..rebus sampai empuk..rasa dia lemak-lemak gitu..katanya boleh jugak digoreng sayur..tapi sy tak pernah cuba..next time mungkin...

 inilah kacang nya..biasanya kita makan yang ni kan..

besar pahala tuan punya asal pokok ni...daripada generasi pertama, sekarang dah bercucu cicit sampai ke berapa generasi ntah...mak pun ade bahagi-bahagikan kacang ni dekat jiran tetangga dan saudara mara..antara pahala yang berterusan walaupun kita dah meninggal ialah ialah dengan menanam tanaman, selagi ada manusia atau haiwan yang memakannya kita akan mendapat pahalanya..subhanallah..

yuk kita bercucuk tanam


 


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...