Tuesday 14 August 2012

 Sape yang tak kenal Donal trump kan?Salah seorang millionaire yang terkenal dari US, lebih senang kita kenal melalui program "The Apprentice".

 Dalam satu program talkshaw, beliau menceritakan pengalaman beliau semasa menjalankan perniagaan tersebut, penuh dengan suka dan duka.

Semasa sesi soal jawab, seorang penonton di tepi pentas tempat beliau duduk menyoal satu soalan, “Trump, jikalau anda tidak berniaga hartanah, apakah perniagaan yang anda akan lakukan?”, maka Donald Trump menjawab dengan bangga sekali, jawabnya “Jikalau saya boleh pusingkan masa kebelakang, saya akan menyertai perniagaan MLM”. Maka gamatlah studio talkshaw tersebut dengan ketawa penonton.

Penonton itu bertanya lagi, “Bukankah perniagaan itu leceh dan memalukan(Low class la konon)?”, Donald Trump menjawab lagi, “Oh, sebab itulah anda berada dibawah sana, dan saya berada diatas pentas ini”.

Maka studio itu senyap seketika. Mereka yang ketawa ada yang menundukkan muka kerana malu dan ada yang keluar dari studio.

Moral dari cerita ini (anda sendiri boleh fikirkan mesej apa yang beliau ingin sampaikan) apa yang Donald Trump sampaikan ialah jangan memandang rendah dengan perniagaan MLM dan berfikirlah seperti dia – berfikir bahawa perniagaan MLM ini boleh membawa beliau sama taraf seperti sekarang.
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...