Oleh kerana ai ni tgh pregnant, so arini nak kongsi sikit pasal amalan bacaan yang patut kita amalkan sewaktu hamil..dan sebagai orang Islam, ayat-ayat Al-Quran adalah bagus untuk kita dan bayi dalam kandungan. Untuk orang bukan Islam pulak, muzik-muzik yang slow emotion macam Mozart ke..
Surah Bacaan Ketika Mengandung ;
Surah Al-Fatihah
Surah Al-Fatihah
– untuk terang hati dan kuat ingatan.
Surah Maryam
– Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman
– Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah yusuf
– Untuk memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat
– Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
Surah Yaasin
– Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah At-Taubah
– Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah An-Nahl
– Untuk melahir anak yang berdisiplin.
Dan of coz la, sebaik-baiknya kita khatamkan satu al-Quran sepanjang kita mengandung, itu lebih afdal..;) Semoga kehamilan kali ni dapat diamalkan semua ayat-ayat ni insyaAllah...
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“ Bacalah oleh kamu Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya.” (Riwayat Muslim)
No comments:
Post a Comment