Thursday, 8 September 2011

Di manakah Tahap Kewangan Anda?


Di manakah tahap kewangan anda?Di tahap selamat, biasa-biasa aje, ataupun tak selamat?Jom untuk ketahui lebih lanjut...

1. Kewangan tidak selamat
Ia berlaku bila kita langsung tak ada simpanan.Kalau ada pun, cukup setakat untuk menyara keluarga untuk sebulan je.Sekiranya anda hilang kerja, dapat menyara keluarga untuk sebulan sahaja. Lebih dari tu?paham-paham jela...

Tahap ni memang tak selamat langsung..umpama kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang..istilah ni memang dah tak boleh pakai pada zaman sekarang ni
2. Kewangan selamat
Anda mempunyai simpanan untuk 6 bulan. Maknanya, kalau anda diberhentikan kerja, anda dapat menyara keluarga selama 6 bulan. Sekurang-kurangnya anda boleh mencari kerja maksimum 6 bulan...
So, camana nak mencapai tahap ni?Dengan membuat simpanan 10% daripada pendapatan kita setiap bulan. Susah jugak kan, tapi kita boleh mulakan dengan 2%, kemudian bila dah biasa dan excited tengok duit dah banyak, tambahkan lagi 4%, 6% hingga 10%.

3. Bebas Kewangan
Ini adalah matlamat kita.Maknanya anda bebas membuat pilihan, samada nak bekerja ataupun tidak!Sebabnya anda sudah mempunyai pendapatan yang dapat menampung kehidupan anda sampai bila-bila...

4. Tersangat Kaya
Tahap ni hanya sikit je yang dapat mencapainya. Mereka mempunyai wang sehingga tak terpakai lagi wangnya. Nama-nama seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari dan Tan Sri Daim Zainuddin adalah tergolong dalam tahap ini.

Di manakah tahap kewangan anda dan ke manakah hala matlamat kewangan anda?Tepuk dada, tanyalah selera!

Ingin mengubah tahap kewangan anda?Hubungi saya untuk mengetahui tentang biz PB ni
sya 012-2806710

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...