Masalah anak tak nak ke sekolah, sy dah alami 2tahun lepas..anak sulung sy, tak pernah berenggang demgan sy, al-maklum sejak dari dilahirkan tak pernah berjauhan dengan ummi nya kecuali sewaktu melahirkan adik-adiknya
macam-macam cara sy buat, mintak ustaz buatkan air penerang hati, tak bagi dia tengok cite ultraman, belikan hadiah etc..anak ke2 ni pun sama gak.
pastu terdengar rancangan ustaz kazim, sy try buat..alhamdulillah menjadi..TAPI, kena konsisten...sy perhatikan bila sy buat tips ni, esoknya marissa tak meragam pagi-pagi ke sekolah..semuanya berjalan dengan lancar. tapi bila sy tak buat, esoknya dia meragam daripada nak mandi, makan, naik & turun kereta, kat sekolah...fuhhh memang memerlukan ketahanan fizikal yang tinggi
tips nya camni, sewaktu anak tidur, bacakan surah al-fatihah, selawat, dan ayat 9, surah assyura
baca sebanyak 21x
pastu tiupkan di ubun-ubun dan bisikkan harapan kita dekat dia.." marissa pegi sekolah elok-elok, jangan nangis-nangis, jangan meragam tau"
kita boleh tengok reaksi dia samada dia beralih kedudukan dia tidur, maknanya dia dapat dengar bisikan kita..tak salah mencuba kan
ayat ni banyak fadhilatnya...supaya dimurahkan rezeki, supaya suami lembut hati dekat isteri, anak-anak lembut hati etc
sharing is caring!!
No comments:
Post a Comment