Petang sabtu lepas, dapat satu berita daripada kawan lama, yes kawan zaman sekolah rendah..katanya salah sorang kawan kitorang sakit tenat, breast cancer stage 4..ya Allah...terkejut...sebab dah lama tak contact. Actually lepas sekolah rendah, kitorang memang totally dah tak sama sekolah dan universiti. tapi penah jumpa ngan dia 2x masa zaman kerja..dapat berita waktu tu dah pukul 6 petang, nak pergi melawat memang tak sempat..so plan nya nak pegi melawat esoknya di Hospital Universiti Kubang Kerian
Tetiba plak esoknya, dapat whatsapp daripada sorang kawan plak..katanya kawan sy dah meninggal...tergamam rasanya, terkejut, plus tak sempat nak pegi melawat dia kat hospital..innalillah....
sewaktu menziarah jenazah esoknya, jumpa kawan-kawan lama yang dah lama tak berjumpa...memang tak tertahan air mata asyik mengalir je...terkilan satu hal...sebab arwah ada di kelantan dah agak lama..dan takde sesiapa yang bagitau keadaan dia..lagipun rumah sy dengan dia tak jauh, itu yang membuatkan sy agak sedih..sampai sekarang kalau teringatkan arwah, masih terasa sebak, dan air mata masih lagi menitis. hanya iringan Al-fatihah yang dapat dikirimkan untuk arwah.
Bila tengok keadaan di rumah orang yang meninggal, mengingatkan tentang kematian..sebab itu kita digalakkan menziarahi orang sakit dan jenazah supaya kita sentiasa mengingati mati. apabila tengok arwah meninggalkan seorang anak berumur hampir 2 tahun dan suami, membuatkan sy terfikirkan jika sy meninggal kelak camana ye...Allahu...hanya Engkau yang Maha Mengetahui...
Arwah adalah salah sorang sahabat baik sy zaman belajar di SKPC dulu..banyak kenangan manis bersama dulu-dulu..tapi memang sy akui lepas abis sekolah memang tak contact kawan-kawan sekolah rendah..tapi hikmahnya, lepas arwah meninggal, kitorang buat satu group whatsapp dan mula berhubung dengan kawan-kawan lama...so korang, cuba korang bertanya khabar kawan-kawan lama sebelum kita kehilangan dorang..sejujurnya, kehilangan seorang sahabat sangat pedih...
sahabat selamanya...
No comments:
Post a Comment