Sunday, 4 January 2015

HANYA suri rumah




Terkesan bila baca coretan tentang surirumah daripada seorang pengguna FB Raja Shamri..kalau yang nak tahu details pasal banjir, banyak info dalam fb dia, so boleh jenguk-jenguk okeh




Jangan malu jika anda hanya suri rumah ... perkataan "HANYA SURI RUMAH" itu sendiri sudah melemahkan ... bukankah suri rumah tu adalah kerja para isteri Rasulullah ... Khatijah sendiri bila kahwin dengan nabi serahkan tugas menguruskan bisnesnya kepada nabi dan memilih untuk jadi suri rumah ... 

SURI RUMAH adalah kerja terbaik dan sangat mulia bagi saya untuk kaum wanita ...
Tapi kekangan ekonomi, keperluan kepada tenaga kerja dan kemahiran tertentu menjadikan wanita keluar bekerja. Tidak ada masalah dengan hal itu ... Islam tak larangpun ... 

Cuma bila reunion dan gathering kawan2 masa sekolah dulu janganlah rasa rendah diri jika anda tidak bekerja. Percayalah ... anak2 anda lebih mendapat kasih sayang dan perhatian daripada anak2 kawan anda yg bekerja.

Silap2 haribulan anak2 anda lagi perform in live berbanding anak2 kawan anda yg bekerja ...

Wanita bekerja ke tak bekerja ke bukan itu isunya bagi saya ... yang penting hidup gembira suami isteri bersyukur dengan apa yang ada saling hormat menghormati sayang menyayangi saling tolak ansur. Berusahalah cari redha Allah dlm rumahtangga then everything will be ok InsyaAllah ... 

Bukannya berusaha nak menunjuk harta dan kemewahan, pangkat dan jawatan, kereta baru dan kejayaan anak2 dlm akademik or whatsoever ... ok 

Be proud of being "DOMESTIC ENGINEER" !

Regards,
RAJA SHAMRI@jerantut Pahang.



Yes, that's me! yup, kadang-kadang bila orang tanya, keje ape ye? Lebih-lebih lagi kawan-kawan sekolah atau matriks atau zaman universiti dulu..segan, ye jugak...sebab masa zaman sekolah, sy antara pelajar cemerlang di sekolah..sekarang, sy hanya duduk di rumah menjaga anak-anak..kadang-kala kawan-kawan yang biasa-biasa dulu dah berjaya sekarang..alhamdulillah sy tumpang gembira melihat kejayaan mereka..

sedih?? 
menyesal dengan keputusan berhenti kerja??

rasanya takde perasaan itu dalam diri sy..sebab perasaan dapat menjaga anak sendiri lebih kuat berbanding perasaan sedih bila ditanya "pekerjaan terkini sy"

Dan sy tahu, Allah lebih Mengetahui tentang masa depan sy..semoga semuanya baik-baik sahaja, in sha Allah

 



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...