Friday, 6 September 2013

Bila Bayi Sembelit...


Salam...

Pernah tak korang alami anak-anak korang sembelit?Sy baru-baru ni telah mengalaminya...kesian sangat-sangat tengok iman menangis bile nak meneran..



1st time masa iman tak poo poo masa dalam umur 5++ bulan...tapi apa yang sy tau, bayi kalau belum start solid food, kalau breastfeed, maksimum anak tak poo poo  adalah seminggu...kalau yang minum susu formula dalam 3-4hari je (maksimum)...kalau lebih daripada tempoh tu, kena bawak pegi ke klinik @ hospital ye...nasib baik masa tu iman tak poo poo dalam 6hari je...fuh lega...

kali ke-2 berlaku masa iman umur 7bulan...kesian sangat masa dia nangis-nangis...tangisan iman pun lain macam je...bile dia meneran, sy bukak pampers and boleh nampak najis dia nak keluar..kadang-kadang berdarah jugak la...tenaga seorang bayi apa la sangat kan...lagipun dorang tak pandai untuk meneran kuat-kuat...so apa yang sy buat...

  • banyakkan minum air

 
  • bagi makan buah-buahan seperti buah limau (biarkan baby hisap daripada ulas buah limau tu) ataupun betik (lenyek-lenyekkan betik sampai hancur)..bab betik ni iman tak suka buah ni so sy just bg buah limau je..



  • stopkan bagi makanan...for me la...kalau ade makanan yang masuk, ia akan membebankan lagi usus dia..nanti semakin banyak najis yang berkumpul

 
  • banyakkan menyusu anak..ni untuk ibu-ibu yang menyusukan anak ye...susu ibu is the best milk in the world..lagipun susu ibu ni senang nak hadam, so tak membebankan usus baby

  
  • masa baby tengah meneran tu, korang cuba buat ala-ala tengah kayuh basikal..gerakkan kaki baby konon-konon baby tengah kayuh basikal la...ni tips sy dapat daripada kawan masa matriks dulu...supaya najis dia senang nak keluar
 
 
  • satu lagi cara yang sy buat ialah dengan mengorek najis tu...nampak cam geli kan..(and menjijikkan huuhuhu) but as a mum, sy tak sanggup tengok anak menderita kesakitan...apa yang sy buat, pastikan tangan bersih ye...kalau nak pakai plastik cover tangan pun boleh aje kalau korang rasa tak sanggup kan..masa dia tengah teran tu, korek jela...
 

kali ke-3 berlaku, takdela teruk sangat..dalam sehari dia tak poo poo...


Alhamdulillah iman sekarang dah berumur 9 bulan...sangat-sangat suka makan...sy bagi makan makanan berat 3x sehari...dan yang paling penting, sistem pencernaan iman pun dah okey...dan yang paling paling PENTING...sy berjaya menyusukan iman sampai sekarang!!!


Alhamdulillah...



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...