Tuesday, 19 April 2016

tips simpan pola pakaian


Apabila dah menjahit, memang menggunakan banyak pola. Pola biasa digunakan untuk pakaian selain daripada baju kurung. sebab baju kurung kita just tanda terus di atas kain je. saya, memang ade masalah nak simpan pola-pola ni, tak tau camana cara yang senang nak cari, jimat ruang & fleksible


hari tu saya utarakan masalah saya dalam geng menjahit. kalau korang ade fb ( wajib lah ade kan hehe) search group Kelas Menjahit & Alatan Jahitan..macam2 tips korang boleh dapat dalam tu..saya kalau bukak fb memang group inilah yang dituju

ok, berbalik kepada persoalan saya itu, ramai yang bagi idea yang bernas dan sangat praktikal..ok jom follow..

 lukis pola atas kad manila dan gantungkan



 simpan dalam fail



 simpan dalam sampul surat A4, dan labelkan nama dan pattern


sangkutkan pada hanger

simpan dalam plastik saiz A4 dan labelkan..pastu simpan dalam kotak 

saya dah dapat idea yang best & akan apply untuk simpan pola-pola saya yang dah berlambak-lambak ni..

thanks kepada ahli group kmaj yang sporting share cara dorang simpan pola




Saturday, 16 April 2016

nombor telefon untuk dihubungi


saya dah bertukar no telefon ye..

014-8248525

|
|
|
|
|
|
|
>

012-2806710

ape-ape pertanyaan @ tempahan, sila hubungi no 012-2806710 ye..minta maaf di atas kesulitan

Thursday, 14 April 2016

musim kemarau April 2016


Aktiviti pada musim panas

pasang khemah kat kebun tepi umah

saje fefeeling berkhemah, breakfast kat luar sambil pasang unggun api ahaks

doktor nasihatkan untuk kurangkan berada di luar rumah pada waktu siang. tapi kitorang terbalik plak. sebab dok dalam umah rasa cam dok dalam oven..seriously...al-maklum dok umah kampung..

buat homework

penat buat homework, main lagi...tapi rasanya waktu bermain berpuluh kali ganda lagi banyak daripada buat keje sekolah..haih...

aktiviti menjahit saya berubah jadual sekarang..petang dah tak boleh menghadap mesin jahit..setakat nak jelujur baju, pasang butang boleh la..sambil-sambil duduk di bawah pokok rambutan dibuai angin sepoi-sepoi bahasa hehehe


sepoi-sepoi la sangat..mahu mata pun lelap sama

ZZZzzzzzzz




Wednesday, 6 April 2016

barut bayi handmade


Mencari-cari barut bayi yang comel?? 


love,love,love this pattern..


Luar: english cotton
Dalam: kain poplin

Rm7/helai
untuk set 6 helai berharga Rm40 

SOLD

SOLD

pm saya untuk tempahan 
014-824 8525


Tuesday, 23 February 2016

Menangani anak tak nak ke sekolah


Masalah anak tak nak ke sekolah, sy dah alami 2tahun lepas..anak sulung sy, tak pernah berenggang demgan sy, al-maklum sejak dari dilahirkan tak pernah berjauhan dengan ummi nya kecuali sewaktu melahirkan adik-adiknya

macam-macam cara sy buat, mintak ustaz buatkan air penerang hati, tak bagi dia tengok cite ultraman, belikan hadiah etc..anak ke2 ni pun sama gak. 

pastu terdengar rancangan ustaz kazim, sy try buat..alhamdulillah menjadi..TAPI, kena konsisten...sy perhatikan bila sy buat tips ni, esoknya marissa tak meragam pagi-pagi ke sekolah..semuanya berjalan dengan lancar. tapi bila sy tak buat, esoknya dia meragam daripada nak mandi, makan, naik  & turun kereta, kat sekolah...fuhhh memang memerlukan ketahanan fizikal yang tinggi

tips nya camni, sewaktu anak tidur, bacakan surah al-fatihah, selawat, dan ayat 9, surah assyura

baca sebanyak 21x

pastu tiupkan di ubun-ubun dan bisikkan harapan kita dekat dia.." marissa pegi sekolah elok-elok, jangan nangis-nangis, jangan meragam tau" 

kita boleh tengok reaksi dia samada dia beralih kedudukan dia tidur, maknanya dia dapat dengar bisikan kita..tak salah mencuba kan

ayat ni banyak fadhilatnya...supaya dimurahkan rezeki, supaya suami lembut hati dekat isteri, anak-anak lembut hati etc

sharing is caring!!


Monday, 22 February 2016

1 customer, 3 jubah berlainan


Minggu lepas, seorang customer request untuk jahitkan jubah untuk anaknya berumur 4tahun





3 design berlainan untuk seorang customer..

nak buat tempahan boleh whatsapp sy

sya
014-8248525


Tuesday, 2 February 2016

Tips nak menceburi bidang jahitan



LANGKAH-LANGKAH NAK MENCEBURKAN DIRI DALAM BIDANG JAHITAN..!!


Ramai sebenarnya tukang-tukang jahit di Malaysia ni, baik di rumah atau di kedai.. Ada juga yang berminat tapi tak tahu nak mulakan macamana kan.. So saya kongsikan pengalaman untuk panduan kawan2 yang lain. Semoga anda juga terus berjaya.

LANGKAH 1


Minat menjahit ada tapi taktau nak belajar kat mana. Disarankan pergi mengikuti kelas2 jahit jangka pendek pun jadi lah. Bila dah belajar, jangan lupa praktikkan. buat testing pada baju mak ke, adik ke, anak dan keluarga dahulu.

LANGKAH 2


Ramai  yang nak berniaga.. tapi tak berapa kisah tentang nak daftar syarikat. Walaupun jahit kecil-kecil di rumah sebaik2nya daftar lah syarikat.. Tak mahal pun , RM70 sahaja. Bukan apa SSM atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebenarnya berguna walaupun jahit kat rumah. Andai kata lah akan datang anda nak buat pinjaman modal pusingan ke , pinjaman mesin ataupun nak beli mesin ansuran sekurang2 SSM ni dpt mengukuhkan pembelian anda. Mungkin bukan sekarang tapi mungkin ia akan berguna untuk   2 atau 3 tahun akan dtg . So kalau 2 tahun lagi baru nk daftar ,, mungkin anda kena tunggu lagi 4 tahun la untuk tambah modal ..

Bila nak daftar syarikat, janganlah hanya tulis bidang >> menerima tempahan menjahit << sahaja. Tulis je apa2 jenis bidang perniagaan seperti, katering ke, membekal, menjual alatulis ke.. apa2 lah. Fikirkan akan datang apa yang anda boleh buat.. mungkin ada dikalangan keluarga yang boleh buat kerja2 pertukangan, wiring. Akan datang kalau nak tambah bidang  ..kena lah tambah duitnya. 

Bila nak pilih nama syarikat, jangan terlalu khusus seperti "KEDAI JAHIT IDA" ..contoh ye . Lepas tu dalam SSM nak letak bidang katering .. kan tak sesuai .. Guna nama syarikat yang boleh merangkumi semua bidang. Manalah tau ada job selain menjahit di masa akan datang .. 

LANGKAH 3


Bila dah ada syarikat atau SSM... sebaik-baiknya bukak CURRENT ACCOUNT atau AKAUN SEMASA atas nama syarikat. Ia sangat berguna untuk mereka yang bekerja sendiri atau berniaga. " ALAH.. TAK PAYAHLA.. BUKAN NAK BUAT PINJAMAN PUN.. BUKAN NAK BUKAK KEDAI PUN".. ni lah biasa orang2 kita selalu fikir. Tapi kalau nak beli kereta? nak beli rumah? Slip gaji dah takda, apa yang kita nak bagi..? Bagi anda yang bekerja sendiri , ambil upah ke buatlah AKAUN SEMASA. Itulah slip gaji kita  yang bekerja sendiri ni.

Biasanya kalau kita dapat projek atau tender menjahit pukal dari syarikat2 ke , atau persatuan2 dan sebagainya, mereka ni nak bayar pakai cek . Biasanya mereka perlukan akaun semasa syarikat untuk pembayaran. Tak perlulah susah2 nak cari orang lain yang ada AKAUN SEMASA untuk clearkan check. Silap gaya orang lain plak tumpang akaun semasa anda .. Dapat gak komisen kan .. 

LANGKAH 4
Bagi mereka yang dah ada kedai.. dan ada rezeki lebih.. daftarlah pulak Kementerian Kewangan ( MOF ) . Pengalaman saya bila dapat tender tapi takde MOF.. automatik kena reject.. MOF ni lah yang mengukuhkan syarikat kita

Walaupun kita ada pelbagai kemahiran .. tapi bila kita kekurangan pengiktirafan di atas.. itu lah salah satu yang menyekat kita dari terus ke hadapan ..


* tips ni sy dapat daripada admin group KMAJ - sis Ida Ismail


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...