Showing posts with label jahitan. Show all posts
Showing posts with label jahitan. Show all posts

Friday, 17 June 2016

Tempahan raya 2016


Hari ni hari ke-12 ramadhan..selamat berpuasa korang...half way to go..layan kan tempahan yang dah siap

 jubah A line..kembang nya sampai habis bidang..bila dah siap, berkenan plak tengok corak dia. mungkin bila dah susun corak nampak terletak je hehe


 baju kurung pahang..tahun ni banyak permintaan untuk baju kurung ni


 baju kurung moden, bunga sulam dari Bandung.tak dapat nak letak kat mannequin sebab saiz badan xs


 dress untuk baby umur 8bulan..comey sangat! nampak gaya kena usha mannequin untuk baby plak =)



close up sikit dress ni..suka kombinasi songket sarawak & kain hijau plain

lebihan kain mak nya request untuk jahitkan baju kurung

dah selesai separuh..tinggal lagi dalam 11pasang termasuk baju raya untuk diri sendiri dan anak-anak..tukang jahit TERpaksa jahit baju sendiri di akhir waktu sebelum tutup mesin jahit untuk sementara waktu..22 hari lagi, wish me luck!


p/s: tak sabar nak merdeka!!!!


Saturday, 21 May 2016

tempahan: kenduri kahwin mei 2016

hajatnya nak start merempit baju raya, tapi kena settle kan dulu tempahan untuk kenduri kahwin cuti sekolah ni



banyak koleksi jubah yang dijahit tahun ni

adik beradik, tapi baju ibunya belum siap lagi..kita sambung kejap lagi

jubah kajn songket sarawak

Alhamdulillah rezeki...

tempahan raya dah ditutup ye...untuk lepas raya anytime k..whatsapp saya untuk tempahan..yang jauh, jangan risau, saya boleh poskan

=)


Saturday, 7 May 2016

Aksesori jahitan

 Apabila selalu merempit, saya perlukan sesuatu aksesori yang memudahkan saya untuk menjahit..lebih cepat, kemas, dan cantik...gitew...

ahaha..saya memang pantang masuk kedai menjahit, ade-ade je sesuatu yang nak dibeli..kalau online, lagi lah..nasib lah tak buat online banking, kalau tak hari-hari shopping je..

mengumpul koleksi tapak eheh

skru pemasang tapak

tapak ade banyak, memanglah wajib ade benda alah ni..nak tukar tapak, cuma tekan dan tapak akan dikeluar/dimasukkan..tak perlu bukak skru untuk pasang dan bukak tapak..dah jimat 5minit hehe..tapi ini untuk mesin industri, mesin portable saya tak tau ade ke tak kewujudannya

apabila dipasang pada mesin


 tapak piping..rm65...mahal hukhuk.tapi bila fikir untuk pelaburan jangka panjang, berbaloi lah...belum explore lagi, nanti nak buat piping baru kita godek2

magnetic seam

yang ni dah diletak pada mesin jahit. magnet dia kuat, memang melekat kat mesin. untuk pastikan jahitan kita dijahit pada landasannya gitew..


itulah setakat ini hasil pengumpulan aksesori saya..korang jangan memandai introduce yang lain ye, kang tergoda i..

bai...



Friday, 6 May 2016

tempahan: bedung moden


Saya ade beli satu kain ni, cantik sangat-sangat..sesuai untuk baby kecik. kain cotton flannel, sesuai untuk dibuat barang baby contoh cam barut, bedung etc

 corak binatang..sweet bangat!

dan hasilnya..bedung baby untuk bakal anak buah yang akan lahir Ramadhan ni, in sha Allah


contoh penggunaan bedung moden


untuk tempahan, boleh hubungi saya

sya
012-2806710


tempahan: dress godet


Minggu lepas siapkan satu dress untuk sorang customer. Design yang tak pernah saya jahit sebelum ni, ape-ape pun saya cuba, dan Alhamdulillah berjaya seperti yang diharapkan

 gambaran lukisan daripada cutomer

 inspirasi saya

dan hasilnya..taraaaa...


godet


Tuesday, 19 April 2016

tips simpan pola pakaian


Apabila dah menjahit, memang menggunakan banyak pola. Pola biasa digunakan untuk pakaian selain daripada baju kurung. sebab baju kurung kita just tanda terus di atas kain je. saya, memang ade masalah nak simpan pola-pola ni, tak tau camana cara yang senang nak cari, jimat ruang & fleksible


hari tu saya utarakan masalah saya dalam geng menjahit. kalau korang ade fb ( wajib lah ade kan hehe) search group Kelas Menjahit & Alatan Jahitan..macam2 tips korang boleh dapat dalam tu..saya kalau bukak fb memang group inilah yang dituju

ok, berbalik kepada persoalan saya itu, ramai yang bagi idea yang bernas dan sangat praktikal..ok jom follow..

 lukis pola atas kad manila dan gantungkan



 simpan dalam fail



 simpan dalam sampul surat A4, dan labelkan nama dan pattern


sangkutkan pada hanger

simpan dalam plastik saiz A4 dan labelkan..pastu simpan dalam kotak 

saya dah dapat idea yang best & akan apply untuk simpan pola-pola saya yang dah berlambak-lambak ni..

thanks kepada ahli group kmaj yang sporting share cara dorang simpan pola




Monday, 22 February 2016

1 customer, 3 jubah berlainan


Minggu lepas, seorang customer request untuk jahitkan jubah untuk anaknya berumur 4tahun





3 design berlainan untuk seorang customer..

nak buat tempahan boleh whatsapp sy

sya
014-8248525


Tuesday, 2 February 2016

Tips nak menceburi bidang jahitan



LANGKAH-LANGKAH NAK MENCEBURKAN DIRI DALAM BIDANG JAHITAN..!!


Ramai sebenarnya tukang-tukang jahit di Malaysia ni, baik di rumah atau di kedai.. Ada juga yang berminat tapi tak tahu nak mulakan macamana kan.. So saya kongsikan pengalaman untuk panduan kawan2 yang lain. Semoga anda juga terus berjaya.

LANGKAH 1


Minat menjahit ada tapi taktau nak belajar kat mana. Disarankan pergi mengikuti kelas2 jahit jangka pendek pun jadi lah. Bila dah belajar, jangan lupa praktikkan. buat testing pada baju mak ke, adik ke, anak dan keluarga dahulu.

LANGKAH 2


Ramai  yang nak berniaga.. tapi tak berapa kisah tentang nak daftar syarikat. Walaupun jahit kecil-kecil di rumah sebaik2nya daftar lah syarikat.. Tak mahal pun , RM70 sahaja. Bukan apa SSM atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebenarnya berguna walaupun jahit kat rumah. Andai kata lah akan datang anda nak buat pinjaman modal pusingan ke , pinjaman mesin ataupun nak beli mesin ansuran sekurang2 SSM ni dpt mengukuhkan pembelian anda. Mungkin bukan sekarang tapi mungkin ia akan berguna untuk   2 atau 3 tahun akan dtg . So kalau 2 tahun lagi baru nk daftar ,, mungkin anda kena tunggu lagi 4 tahun la untuk tambah modal ..

Bila nak daftar syarikat, janganlah hanya tulis bidang >> menerima tempahan menjahit << sahaja. Tulis je apa2 jenis bidang perniagaan seperti, katering ke, membekal, menjual alatulis ke.. apa2 lah. Fikirkan akan datang apa yang anda boleh buat.. mungkin ada dikalangan keluarga yang boleh buat kerja2 pertukangan, wiring. Akan datang kalau nak tambah bidang  ..kena lah tambah duitnya. 

Bila nak pilih nama syarikat, jangan terlalu khusus seperti "KEDAI JAHIT IDA" ..contoh ye . Lepas tu dalam SSM nak letak bidang katering .. kan tak sesuai .. Guna nama syarikat yang boleh merangkumi semua bidang. Manalah tau ada job selain menjahit di masa akan datang .. 

LANGKAH 3


Bila dah ada syarikat atau SSM... sebaik-baiknya bukak CURRENT ACCOUNT atau AKAUN SEMASA atas nama syarikat. Ia sangat berguna untuk mereka yang bekerja sendiri atau berniaga. " ALAH.. TAK PAYAHLA.. BUKAN NAK BUAT PINJAMAN PUN.. BUKAN NAK BUKAK KEDAI PUN".. ni lah biasa orang2 kita selalu fikir. Tapi kalau nak beli kereta? nak beli rumah? Slip gaji dah takda, apa yang kita nak bagi..? Bagi anda yang bekerja sendiri , ambil upah ke buatlah AKAUN SEMASA. Itulah slip gaji kita  yang bekerja sendiri ni.

Biasanya kalau kita dapat projek atau tender menjahit pukal dari syarikat2 ke , atau persatuan2 dan sebagainya, mereka ni nak bayar pakai cek . Biasanya mereka perlukan akaun semasa syarikat untuk pembayaran. Tak perlulah susah2 nak cari orang lain yang ada AKAUN SEMASA untuk clearkan check. Silap gaya orang lain plak tumpang akaun semasa anda .. Dapat gak komisen kan .. 

LANGKAH 4
Bagi mereka yang dah ada kedai.. dan ada rezeki lebih.. daftarlah pulak Kementerian Kewangan ( MOF ) . Pengalaman saya bila dapat tender tapi takde MOF.. automatik kena reject.. MOF ni lah yang mengukuhkan syarikat kita

Walaupun kita ada pelbagai kemahiran .. tapi bila kita kekurangan pengiktirafan di atas.. itu lah salah satu yang menyekat kita dari terus ke hadapan ..


* tips ni sy dapat daripada admin group KMAJ - sis Ida Ismail


Friday, 29 January 2016

Sales: mini tote bag


Mini tote bag


saiz: 11 x 6 x 4 1/2 (inci)
material: english cotton, lining- cotton
harga: rm20 (exclude postage)

boleh dijadikan beg untuk bawak bekal @ telekung


Wednesday, 27 January 2016

New babies - tailor mannequin


Actually, dah lama mencari mannequin untuk memudahkan saya display hasil jahitan saya..harga untuk mannequin baru, agak mahal, itu yang dok berkira-kira nak beli ke tak

 berminat jenis yang ni, mannequin jenis wire


yang ni pun suka jugak..kurang berminat dengan mannequin yang ade kepala, tangan etc..sebab agak seksi hehe

mungkin rezeki saya, cari punya cari ( berbulan-bulan dok tengok dalam mudah.com) jumpa satu mannequin lebih kurang gambar 2 kat atas..harga memang berbaloi-baloi, plus dapat free mannequin kids untuk display..berbaloi tunggu lama-lama


saya ni orangnya berjimat sikit kalau nak beli barang..nak beli yang baru boleh je, tapi kan boleh digunakan untuk keperluan lain lebihan duit tu..mannequin 2nd hand saya beli ni memang masih elok,dan cantik..jadi dah jimat lebih rm100 untuk mannequin je...weeee....


Wednesday, 7 October 2015

OBSES dgn pinterest!!


Kebelakangan ni sy sangat OBSES dgn pinterest!! Kenapa sekarang sy sedar kewujudan beliau huhuhu



Kalau tak dibendung rasanya dalam 1 hari boleh habis quota data plan..cara nak jimat bukak masa wifi kat umah mama muahaha


Sy ni tak boleh tengok pasal fesyen, tutorial nak jahit baju..seronok tengok orang jahit baju cantik-cantik, start le berangan nak jahit sama..sy kan obses dengan menjahit, layan kan jela...




Banyak benda yang kita boleh explore dalam pinterest ni..tapi sebab sy ni hanua suka bab fesyen, tang tu jela yang sy tengok..korang boleh check sendiri, kot-kot ade yang sesuai ngan jiwa korang..boleh jadi addicted tau





rambang mata tak??? mahu tak teruja sebab banyak sangat FREE pattern yang boleh korang cuba untuk jahit. siap dengan tutorial tau..tak boleh bagi alasan dah tak pandai jahit, takde pola, semuanya di hujung jari je...



Thursday, 28 May 2015

Hasil Belajar Menjahit


Assalamualaikum..

Minggu lepas memang sangat sibuk dengan kelas..Alhamdulillah hujung minggu lepas berjaya menamatkan pembelajaran baju melayu..fuh rasa nak nangis untuk siapkan sepasang baju!

Sebenarnya masa belajar di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) sy penah belajar menjahit baju melayu...cuma tang leher memang ade masalah..so untuk tambahkan ilmu yang tak seberapa ni, sy pegi menuntut ilmu di Kolej Komuniti Kok Lanas..

taraaa....



cikgu sy cakap, bahagian leher ngan tulang dia tu yang mahal...kalau cantik kat bahagian tu, orang dah tak pandang dah bahagian lain...gitew...
 
tapi full gambar tak boleh snap lagi..sebab takde lengan sebelah! lol....kain tak cukup..so kena pegi beli kain sikit lagi dan boleh sambungkan sebelah tangan lagi...nangis kalau kain dah habis stok!

kelas aritu best sangat! ada 3 orang peserta lelaki..sangat kagum ngan dorang yang bersemangat nak belajar menjahit baju melayu..salah sorang tu seorang guru, katanya 

"nak jahit baju sy sendiri"

wah...semangat tu...dorang tu plak bukannya jenis abang-abang lembut tau..lelaki sejati gitu...sanggup burn tiket perlawanan bola sepak Kelantan vs Lion semata-mata nak belajar menjahit..abang-abang lain sanggup?? sorang lagi pakcik berumur dalam 60-an, ditemani sang isteri, datang kelas...semangat tu yang penting...jadi korang, jomlah belajar menjahit...tak rugi pun belajar menjahit!

minggu ni sy join kelas jahitan telekung..2 design yang akan belajar..salah satunya ala-ala telekung siti khadijah


 
Hasilnya belum ade, baru start kelas hari ni puan-puan...nanti akan ditempekkan di blog ini..terima kasih 
=)


Tuesday, 12 May 2015

Nak Belajar menjahit??



Menjahit???

Satu aktiviti boring...khas untuk orang tua-tua je...itu pemikiran sy satu masa dulu...lepas SPM, matriks ataupun setiap cuti semester tak pernah terlintas langsung dalam pikiran untuk belajar menjahit...tapi waktu dekat-dekat nak kahwin, sy teringin nak belajar..ok untuk diri sendiri dan keluarga...at least lepas la belanja daripada ambik tempahan kan...

nak belajar menjahit pada zaman sekarang senang...buku banyak sangat kat pasaran...nak belajar jubah, skirt, baju kurung semua ade...tanya En Google pun boleh...banyak blog yang share cara menjahit, yang jual pola ade..berlambak-lambak...tapi bagi sy, belajar menjahit ni hendaklah berguru...sebab senang ade permasalahan kita boleh tanya direct dekat cikgu...kalau beli buku, bila kita tak paham takde tempat nak ditanya...tup tup kain ke mana...mesin jahit ke mana...

antara koleksi buku-buku sy =)

sy start belajar menjahit lepas bersalin anak sulung...waktu tu anak baru umur 6 bulan..so pikir-pikir, hadif dah boleh makan solid food, jadi tinggalkan dia untuk 3 jam takde masalah kot...

Pertama kali sy belajar menjahit anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu...pertama kali menggunakan mesin jahit, jahitan lurus pun jadi bengkang bengkok..kelakar bila diingat-ingat..tapi kat sana la pembelajaran sy dalam bidang jahitan..banyak ilmu yang sy kutip kat sana..bayaran bulanan?? RM5 sebulan je...sangat-sangat murah..tapi itu tahun 2010..sekarang sy tak pasti..belajar samada sesi pagi atau petang (sy ambik sesi pagi) dari pukul 9-12, hari ahad sampai khamis...kepada surirumah ataupun lepasan SPM boleh la cuba ye..boleh klik kat SINI untuk keterangan lanjut..kebanyakan tempat di seluruh Terengganu ada..boleh cuba hubungi pejabat untuk kelas berhampiran rumah korang  echehhh...sijil pun dapat tau...

belajar kat sini guna mesin ni je...untuk beginner ok je...

buku nota..sampai sekarang simpan untuk rujukan

 sekarang sy masih lagi belajar...tak tau kenapa minat nak menjahit membuak-buak...serius...sejak tahun lepas memang dok survey kelas menjahit kat sini...sy ade join kursus jangka pendek anjuran Kolej Komuniti...biasanya kursus ni diadakan pada hujung minggu. So korang yang bekerjaya tapi minat nak belajar menjahit boleh cuba belajar kat sini..yuran pun berpatutan. Kalau kat Kelantan kursus agak limited...tapi bagi korang yang tinggal di KL atau Selangor, best sangat! Macam-macam jenis kursus korang boleh join...jahitan ade (pelbagai fesyen terkini, jubah, manik etc...) masakan ade (nak belajar kek hokkaido, cupcakes, biskut raya!) jeles ai bila tengok senarai kursus kat sana..sijil pun dapat tau! tak sia-sia korang join dari pagi sampai petang untuk 2,3 hari =)  Pasal kursus kat Kolej Komuniti korang boleh klik kat SINI plak..check ikut bulan, pastu kolej berhampiran kawasan korang

Antara hasil jahitan sy selama ini:

 baju kurung raya tahun 2014

 skirt A line

 sarung tilam kekabu

satu lagi kelas yang sy join ialah anjuran Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK)..dari tahun lepas dok survey, jumpa kat kawasan Kok Lanas, plannya nak join tahun depan sebab hadif darjah 1 tahun depan, marissa dah pegi tadika..so tinggalkan iman kat umah mak atau mama ok la kan..takde la membebankan dorang nak jaga anak-anak...kemudian dapat tau ade satu kelas deeeekaaaaat sangat ngan umah sy...3 hari seminggu dari jam 2-5 petang...haaaa dah meronta-ronta keinginan nak belajar kat situ...mintak approval mak mertua ngan mama (mintak tolong dorang jagakan anak-anak!) Alhamdulillah dipermudahkan...so sy merempit jela ke kelas..belajar kat sini dapat sijil....tapi kena lulus exam dulu...majlis graduasi pun ade. yuran bulanan... rm10 je... best tak???



boleh hubungi pejabat PPWK di talian 09-7476568, kebanyakan DUN Kelantan ade kelas menjahit..jadi korang boleh check kelas dekat-dekat ngan umah korang

sy penah survey kelas jahitan anjuran KEMAS..hampir-hampir nak masuk kelas jugak tapi sebab dah join yang PPWK ni, sy pun tolak kelas KEMAS ni..KEMAS pun banyak tempat yang adakan kelas jahitan. Korang boleh check kat sini...aiseh asyik sini je..jom ke SINUN plak kakkakaka..GIAT MARA pun ade...cuma dia ambik untuk full time..tak dapat la sy join...hajatnya nak join untuk part time je...



kalau korang ade follow facebook sy, sy ade share post pasal menjahit..matlamat sy post sesuatu dalam FB ialah 1, biz online sy...2, share sesuatu bermakna untuk kawan-kawan fb sy...jahitan, masakan, homeschool etc..sekurang-kurang timbul minat kawan-kawan fb sy ke arah itu...Alhamdulillah banyak feedback positif yang sy dapat daripada kawan-kawan...ramai yang nak belajar menjahit! 


Do follow Fb sy

syahida azizan




WARNING:
( saya tak menganjurkan apa-apa kelas buat masa ini, ini adalah info yang saya ingin kongsikan kelas jahitan dengan yuran minima yang boleh korang sertai..sila baca dengan teliti wokey)





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...