Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Tuesday, 19 April 2016

tips simpan pola pakaian


Apabila dah menjahit, memang menggunakan banyak pola. Pola biasa digunakan untuk pakaian selain daripada baju kurung. sebab baju kurung kita just tanda terus di atas kain je. saya, memang ade masalah nak simpan pola-pola ni, tak tau camana cara yang senang nak cari, jimat ruang & fleksible


hari tu saya utarakan masalah saya dalam geng menjahit. kalau korang ade fb ( wajib lah ade kan hehe) search group Kelas Menjahit & Alatan Jahitan..macam2 tips korang boleh dapat dalam tu..saya kalau bukak fb memang group inilah yang dituju

ok, berbalik kepada persoalan saya itu, ramai yang bagi idea yang bernas dan sangat praktikal..ok jom follow..

 lukis pola atas kad manila dan gantungkan



 simpan dalam fail



 simpan dalam sampul surat A4, dan labelkan nama dan pattern


sangkutkan pada hanger

simpan dalam plastik saiz A4 dan labelkan..pastu simpan dalam kotak 

saya dah dapat idea yang best & akan apply untuk simpan pola-pola saya yang dah berlambak-lambak ni..

thanks kepada ahli group kmaj yang sporting share cara dorang simpan pola




Tuesday, 23 February 2016

Menangani anak tak nak ke sekolah


Masalah anak tak nak ke sekolah, sy dah alami 2tahun lepas..anak sulung sy, tak pernah berenggang demgan sy, al-maklum sejak dari dilahirkan tak pernah berjauhan dengan ummi nya kecuali sewaktu melahirkan adik-adiknya

macam-macam cara sy buat, mintak ustaz buatkan air penerang hati, tak bagi dia tengok cite ultraman, belikan hadiah etc..anak ke2 ni pun sama gak. 

pastu terdengar rancangan ustaz kazim, sy try buat..alhamdulillah menjadi..TAPI, kena konsisten...sy perhatikan bila sy buat tips ni, esoknya marissa tak meragam pagi-pagi ke sekolah..semuanya berjalan dengan lancar. tapi bila sy tak buat, esoknya dia meragam daripada nak mandi, makan, naik  & turun kereta, kat sekolah...fuhhh memang memerlukan ketahanan fizikal yang tinggi

tips nya camni, sewaktu anak tidur, bacakan surah al-fatihah, selawat, dan ayat 9, surah assyura

baca sebanyak 21x

pastu tiupkan di ubun-ubun dan bisikkan harapan kita dekat dia.." marissa pegi sekolah elok-elok, jangan nangis-nangis, jangan meragam tau" 

kita boleh tengok reaksi dia samada dia beralih kedudukan dia tidur, maknanya dia dapat dengar bisikan kita..tak salah mencuba kan

ayat ni banyak fadhilatnya...supaya dimurahkan rezeki, supaya suami lembut hati dekat isteri, anak-anak lembut hati etc

sharing is caring!!


Tuesday, 2 February 2016

Tips nak menceburi bidang jahitan



LANGKAH-LANGKAH NAK MENCEBURKAN DIRI DALAM BIDANG JAHITAN..!!


Ramai sebenarnya tukang-tukang jahit di Malaysia ni, baik di rumah atau di kedai.. Ada juga yang berminat tapi tak tahu nak mulakan macamana kan.. So saya kongsikan pengalaman untuk panduan kawan2 yang lain. Semoga anda juga terus berjaya.

LANGKAH 1


Minat menjahit ada tapi taktau nak belajar kat mana. Disarankan pergi mengikuti kelas2 jahit jangka pendek pun jadi lah. Bila dah belajar, jangan lupa praktikkan. buat testing pada baju mak ke, adik ke, anak dan keluarga dahulu.

LANGKAH 2


Ramai  yang nak berniaga.. tapi tak berapa kisah tentang nak daftar syarikat. Walaupun jahit kecil-kecil di rumah sebaik2nya daftar lah syarikat.. Tak mahal pun , RM70 sahaja. Bukan apa SSM atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebenarnya berguna walaupun jahit kat rumah. Andai kata lah akan datang anda nak buat pinjaman modal pusingan ke , pinjaman mesin ataupun nak beli mesin ansuran sekurang2 SSM ni dpt mengukuhkan pembelian anda. Mungkin bukan sekarang tapi mungkin ia akan berguna untuk   2 atau 3 tahun akan dtg . So kalau 2 tahun lagi baru nk daftar ,, mungkin anda kena tunggu lagi 4 tahun la untuk tambah modal ..

Bila nak daftar syarikat, janganlah hanya tulis bidang >> menerima tempahan menjahit << sahaja. Tulis je apa2 jenis bidang perniagaan seperti, katering ke, membekal, menjual alatulis ke.. apa2 lah. Fikirkan akan datang apa yang anda boleh buat.. mungkin ada dikalangan keluarga yang boleh buat kerja2 pertukangan, wiring. Akan datang kalau nak tambah bidang  ..kena lah tambah duitnya. 

Bila nak pilih nama syarikat, jangan terlalu khusus seperti "KEDAI JAHIT IDA" ..contoh ye . Lepas tu dalam SSM nak letak bidang katering .. kan tak sesuai .. Guna nama syarikat yang boleh merangkumi semua bidang. Manalah tau ada job selain menjahit di masa akan datang .. 

LANGKAH 3


Bila dah ada syarikat atau SSM... sebaik-baiknya bukak CURRENT ACCOUNT atau AKAUN SEMASA atas nama syarikat. Ia sangat berguna untuk mereka yang bekerja sendiri atau berniaga. " ALAH.. TAK PAYAHLA.. BUKAN NAK BUAT PINJAMAN PUN.. BUKAN NAK BUKAK KEDAI PUN".. ni lah biasa orang2 kita selalu fikir. Tapi kalau nak beli kereta? nak beli rumah? Slip gaji dah takda, apa yang kita nak bagi..? Bagi anda yang bekerja sendiri , ambil upah ke buatlah AKAUN SEMASA. Itulah slip gaji kita  yang bekerja sendiri ni.

Biasanya kalau kita dapat projek atau tender menjahit pukal dari syarikat2 ke , atau persatuan2 dan sebagainya, mereka ni nak bayar pakai cek . Biasanya mereka perlukan akaun semasa syarikat untuk pembayaran. Tak perlulah susah2 nak cari orang lain yang ada AKAUN SEMASA untuk clearkan check. Silap gaya orang lain plak tumpang akaun semasa anda .. Dapat gak komisen kan .. 

LANGKAH 4
Bagi mereka yang dah ada kedai.. dan ada rezeki lebih.. daftarlah pulak Kementerian Kewangan ( MOF ) . Pengalaman saya bila dapat tender tapi takde MOF.. automatik kena reject.. MOF ni lah yang mengukuhkan syarikat kita

Walaupun kita ada pelbagai kemahiran .. tapi bila kita kekurangan pengiktirafan di atas.. itu lah salah satu yang menyekat kita dari terus ke hadapan ..


* tips ni sy dapat daripada admin group KMAJ - sis Ida Ismail


Sunday, 8 February 2015

Tips: Jimat plastik sampah


Nak jimat penggunaan plastik sampah?? senang je..kepada yang ade anak-anak kecik..lebih spesifik lagi yang masih pakai pampers pakai buang..haaa korang sangat bertuah sebab..korang boleh guna balik plastik tu untuk dijadikan plastik sampah



sy sejak dulu memang dok simpan plastik pampers ni..nak buang rasa sayang..last-last memang bertimbun simpan...nak buang sayang plak..pastu tetiba kuar idea, guna sebagai plastik sampah jela..lagipun plastik dia tebal..dan of coz lebih jimat kan...tak payah nak beli plastik sampah...



plastik sampah yang dibeli pun kadang-kadang nipis je..kena plak lidi satey ke, kang dah terkoyak...plastik sampah ni lebih tebal sikit..sy biasanya guna drypers ataupun pet pet..yang pet pet memang agak tebal..boleh guna berulang kali sampai koyak gitu...

lebih tebal...lebih jimat...

*echeh...cam iklan pad plak heheeh*


Thursday, 8 January 2015

Bibir kering & menggelupas (part 2)


Kesinambungan dari part 1 haritu boleh klik sini ye...bibir sy ni amat teramat sensitif..dari sekolah menengah..tapi dia on off gitu..haritu sy share pakai vaselin kan..tapi bibirku ini tak boleh terima plak..awal-awal haritu boleh..lama-lama dia jadi gatal-gatal je...tak tahan tangan ni nak menggaru je kejenya...

alat-alat kosmetik pun memang agak alahan jugak..so terpaksa biarkan muka ku ini tanpa bahan make up (walaupun selama ni jarang je make up!) dan pencuci muka juga..sy TERpaksa meRAJINkan diri menggunakan bahan-bahan semula jadi...tanpa bahan kimia gitu..



satu daripadanya, sy gunakan madu...best pakai madu tapi dia agak melekit sikit..so mungkin tak selesa la...tapi bibir rasa cam ade satu lapisan protection gitu...best! cuma tahap melekit tu yang kureng sikit...so sy cuba satu kaedah lagi...

mentega!



sapukan mentega kat bibir, satu olesan nipis je...nah....rasa cam pakai lipbalm tapi yang ni bahan semula jadi...NO bahan kimia atau bahan pengawet..dalam sehari sy sapu 4,5 kali..alhamdulillah bibir bertambah sihat..baru je pakai beberapa hari =)


kesan dia mungkin agak lama berbanding ubat-ubatan tapi apekan dayaku...ikutkan aje kehendaknya...jangan lupa berdoa okeh




minum air banyak-banyak...sy cuba amalkan minum air masak segelas setiap sejam..nak tengok hasilnya camana..ke toilet tak terhitung banyaknya...takpe, biar toksin kuar banyak-banyak heheh


Friday, 13 June 2014

LIFETIME WARRANTY!!!



Cangkuk tercabut??

Jangan risau...

kan ade LIFETIME WARRANTY..for FREE.



Itu la untungnya pakai PB ni...ade nak repair atau service ape-ape senang je..boleh hantar repair..tak payah kuarkan duit..kalau kita beli baju dalam ngan seluar dalam biasa, agak-agak boleh hantar repair tak?? konpem buang dalam tong sampah kan...

that's why bile beli PB ni satu pelaburan yang sangat bagus..tak nyesal...konpem!

kalau rasa nak demam tau pun dah demam, balutkan dengan waist nipper je...in sha Allah demam akan berkurangan...kan ade far infared dalam tu..jadi peredaran darah akan bertambah lancar...anak-anak demam pun boleh dipraktikkan..takde bad effect punyer...

satu lagi,  yang baru bersalin, baby yang kena penyakit kuning..boleh try balut ngan waist nipper tu...senang kan...tak perlu susah payah cari ubat atau remedy traditional untuk kurangkan penyakit kuning...banyak guna kan??

=)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...