Showing posts with label homeschool. Show all posts
Showing posts with label homeschool. Show all posts

Tuesday, 3 March 2015

Homeschool: Kos yang minima


Sebagai fully housewife, sy cuba untuk mendidik anak-anak dengan sedikit pendidikan yang berguna untuk anak-anak samada secara straight to the point atau pun melalui permainan..yes, ade sesetengah benda yang memerlukan sedikit kos untuk melakukannya, tapi ade sesetengahnya memerlukan sedikit kreativiti kita sebagai ibu untuk membuat sesuatu permainan yang berguna

contohnya cam ni..


bekas dadih yang ade sy kumpul dan dapat lah buat permainan untuk dorang. Membina tower yang tinggi...dapat membina imaginasi dorang dan melatih tangan dorang. Tak perlu beli gelas atau bekas semata-mata untuk tujuan ini. cam sy, kitorang memang suka beli dadih susu segar ni, sedap bangat! Bila dok kumpul je, timbul idea ni..selain tu, boleh jugak susun fur balls mengikut kumpulan warna dalam bekas ni..kiranya 3 in 1 la bekas ni =)

yang ini plak, bekas telur. Lukiskan nombor kat dalam, boleh la mintak anak-anak match kan nombor ke dalam bekas telur tu..lagi satu, projek yang terbelangkai, bekas telur yang bersaiz besar..sy cuba applykan game camni tapi untuk abjad ABC..kaedahnya sama jugak




ini plak next projek..sangat gigih ummi kumpul penutup botol Bliss ni..nak beli minuman Bliss semata-mata nak cukupkan bilangan takde la ye...tunggu sampai cukup biar pun agak lama...rasanya sejak akhir tahun lepas rasanya kumpul ni...sekarang dah ade 23, tinggal lagi 1 penutup botol untuk cukupkan...tak sabar!


Banyak lagi game yang boleh kita create kan..so kita sebagai parent kena berusaha untuk kreatif heheh..ape lagi, cuba tanya mr google..memang banyak kaedah untuk homeschool ni...


my tools =)

good luck korang


Tuesday, 21 October 2014

Homeschool : painting time!!


Kadang-kadang..bosan jugak tak tau nak buat aktiviti ape dengan anak-anak kat rumah..asyik-asyik belajar abc atau 123 je bosan jugak kan...then dapat satu resepi buat homemade finger paints...dah lama screenshot dalam handset tapi tak sempat nak buat je..(yes alasan...)..so sambil-sambil masak, sy pun masak la satu lagi bahan untuk buat ni..ala kacang je...


bahan-bahan benda asas yang ada dalam dapur..so takde la keluarkan kos yang banyak atau nak cari benda yang pelik-pelik kan

1 adunan ni dapat hasilkan 4 bekas kecik..sy letak dalam bekas dadih kecil tu je..so dapat la 4 warna je, merah, hijau, biru dan oren...next time kita buat colour lain plak..warna dia agak melekat kat tangan ye..kalau mewarna petang, esoknya hilang la warna die kat tangan tu..mungkin terlalu banyak kot masa buat aritu



anak-anak enjoy dok painting...ade yang guna berus, ade yang guna je...ummi pun sama naik dok mewarna ngan dorang..


Ini lah hasilnya...banyak sebenarnya tapi ini je yang dapat 'diselamatkan' hehehh... atas hasil kerja marissa, yang bawah tu hadif punyer...

anak-anak asyik tanya..."bile nak colour ummi..." 
ok, ok next time okey...



Tuesday, 3 June 2014

Semangat untuk Homeschool


Salam

sy terpanggil untuk buat entry ni lepas baca blog salah seorang sahabat sy Adlil Rajiah mengenai homeschooling...dah lama sebenarnya nak ajar anak-anak kat umah, tapi tak tau caranya..lepas baca entry Adlil, terus bersemangat!!

boleh tengok link ni pasal Adlil ajar anak dia kat umah..info yang sangat berguna


sy ade anak umur 5tahun (hadif), 3 tahun (marissa) dan 2tahun (iman)..WAJIB kiranya untuk sy ajar dorang kat umah, daripada A-Z, no 1-100, mengaji Al-Quran...supposed kita sebagai parent yang perlu ajar anak-anak kita kan? tak boleh 100% kepada cikgu..kita sebagai parent adalah CIKGU PERTAMA untuk anak-anak kita







dan banyak lagi aktiviti yang boleh kita lakukan bersama-sama anak kita...yang penting FUN, GAMES, EDUCATIONAL!! nak tahu lebih lanjut boleh tengok link ni...serius korang patut praktikkan permainan bersama anak-anak..daripada kita biarkan anak kita ngan gadget yang takde faedah langsung kan...


 ok, ade sesetengah barang sy dah belikan untuk ajar anak-anak sy, in sha Allah...lepas ni sy updatekan perkembangannya k...wish me luck korang...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...