Thursday, 26 March 2015

Bebaskan rambut daripada cik Kutu



Korang ade masalah dengan cik kutu? Teringat zaman kecik-kecik dulu memang selalu kena...biasalah ia cepat merebak di sekolah, lebih-lebih lagi bila tidak bertudung. pastu balik rumah boleh berjangkit plak dengan adik-beradik yang lain. Kadang-kadang dah beli pelbagai jenis ubat untuk menghalau kutu tapi masih gagal..apa kata cuba kaedah ni


Bawang putih
Tumbuk bawang putih sampai lumat + sedikit minyak masak dan lumurkan di kepala. Balut kepala dengan tuala bersih, biarkan selama sejam. kemudian basuh rambut dengan shampoo


Minyak tanah
Lumurkan di kepala. Balut kepala dengan tuala bersih, biarkan selama sejam. kemudian basuh rambut dengan shampoo


Minyak kelapa
Lumur di kepala dan tutup dengan penutup rambut. Biarkan selama 6jam kemudian basuh dengan shampoo


 Cuka putih
Lumurkan pada kulit kepala dan rambut. Perapkan selama 2 jam dan bersihkan dengan shampoo. Bagus untuk telur kutu


Last but not least, apa kata korang cuba shampoo marine essence, penuh dengan garam buluh yang dapat merawat pelbagai masalah rambut seperti kelumumur, gatal-gatal kepala, rambut gugur dan masalah cik KUTU.


boleh pm sy ye

sya
014-824 8525


 

Saturday, 21 March 2015

Pergi tak kembali


Petang sabtu lepas, dapat satu berita daripada kawan lama, yes kawan zaman sekolah rendah..katanya salah sorang kawan kitorang sakit tenat, breast cancer stage 4..ya Allah...terkejut...sebab dah lama tak contact. Actually lepas sekolah rendah, kitorang memang totally dah tak sama sekolah dan universiti. tapi penah jumpa ngan dia 2x masa zaman kerja..dapat berita waktu tu dah pukul 6 petang, nak pergi melawat memang tak sempat..so plan nya nak pegi melawat esoknya di Hospital Universiti Kubang Kerian

Tetiba plak esoknya, dapat whatsapp daripada sorang kawan plak..katanya kawan sy dah meninggal...tergamam rasanya, terkejut, plus tak sempat nak pegi melawat dia kat hospital..innalillah....



sewaktu menziarah jenazah esoknya, jumpa kawan-kawan lama yang dah lama tak berjumpa...memang tak tertahan air mata asyik mengalir je...terkilan satu hal...sebab arwah ada di kelantan dah agak lama..dan takde sesiapa yang bagitau keadaan dia..lagipun rumah sy dengan dia tak jauh, itu yang membuatkan sy agak sedih..sampai sekarang kalau teringatkan arwah, masih terasa sebak, dan air mata masih lagi menitis. hanya iringan Al-fatihah yang dapat dikirimkan untuk arwah.

Bila tengok keadaan di rumah orang yang meninggal, mengingatkan tentang kematian..sebab itu kita digalakkan menziarahi orang sakit dan jenazah supaya kita sentiasa mengingati mati. apabila tengok arwah meninggalkan seorang anak berumur hampir 2 tahun dan suami, membuatkan sy terfikirkan jika sy meninggal kelak camana ye...Allahu...hanya Engkau yang Maha Mengetahui...


Arwah adalah salah sorang sahabat baik sy zaman belajar di SKPC dulu..banyak kenangan manis bersama dulu-dulu..tapi memang sy akui lepas abis sekolah memang tak contact kawan-kawan sekolah rendah..tapi hikmahnya, lepas arwah meninggal, kitorang buat satu group whatsapp dan mula berhubung dengan kawan-kawan lama...so korang, cuba korang bertanya khabar kawan-kawan lama sebelum kita kehilangan dorang..sejujurnya, kehilangan seorang sahabat sangat pedih...

sahabat selamanya...




Tuesday, 3 March 2015

Homeschool: Kos yang minima


Sebagai fully housewife, sy cuba untuk mendidik anak-anak dengan sedikit pendidikan yang berguna untuk anak-anak samada secara straight to the point atau pun melalui permainan..yes, ade sesetengah benda yang memerlukan sedikit kos untuk melakukannya, tapi ade sesetengahnya memerlukan sedikit kreativiti kita sebagai ibu untuk membuat sesuatu permainan yang berguna

contohnya cam ni..


bekas dadih yang ade sy kumpul dan dapat lah buat permainan untuk dorang. Membina tower yang tinggi...dapat membina imaginasi dorang dan melatih tangan dorang. Tak perlu beli gelas atau bekas semata-mata untuk tujuan ini. cam sy, kitorang memang suka beli dadih susu segar ni, sedap bangat! Bila dok kumpul je, timbul idea ni..selain tu, boleh jugak susun fur balls mengikut kumpulan warna dalam bekas ni..kiranya 3 in 1 la bekas ni =)

yang ini plak, bekas telur. Lukiskan nombor kat dalam, boleh la mintak anak-anak match kan nombor ke dalam bekas telur tu..lagi satu, projek yang terbelangkai, bekas telur yang bersaiz besar..sy cuba applykan game camni tapi untuk abjad ABC..kaedahnya sama jugak




ini plak next projek..sangat gigih ummi kumpul penutup botol Bliss ni..nak beli minuman Bliss semata-mata nak cukupkan bilangan takde la ye...tunggu sampai cukup biar pun agak lama...rasanya sejak akhir tahun lepas rasanya kumpul ni...sekarang dah ade 23, tinggal lagi 1 penutup botol untuk cukupkan...tak sabar!


Banyak lagi game yang boleh kita create kan..so kita sebagai parent kena berusaha untuk kreatif heheh..ape lagi, cuba tanya mr google..memang banyak kaedah untuk homeschool ni...


my tools =)

good luck korang


Wednesday, 25 February 2015

Jubah A cut


Sekarang ni dah muncul pelbagai jenis jubah..princess cut le, A cut le..sy memang konfius..cuma bila adik sy request suruh sy belajar jahit baju jubah untuknya, sy pun memaksa kan diri sy untuk mengadap komputer dan mencari sedikit ilmu...haih...customer setia sy dah request kena la belajar kan hehhe...ni sy share sikit jenis-jenis jubah yang ade dalam pasaran sekarang

jubah A cut

ini jubah yang paling simple...ini yang sy nak belajar untuk permulaan..belajar basic dulu ye sayang...


jubah princess cut

kalau korang perasan, jenis jubah ni biasanya ade 2 jenis kain yang berbeza..nak buat 1 jenis boleh je..jenis jubah ni, dia agak kembang..korang yang suka pakai kembang ala-ala princess tu...ini pilihan yang tepat..

jubah empire cut


jubah bella ammara

sy suka tengok jubah keluaran bella amara..tapi nak beli cam mahal..itu satu hal..2 hal plak..nampak cam labuh semacam je...bile tengok kawan-kawan pakai cam labuh..bukan jubah ni je..tapi kebanyakan jubah yang dah siap memang camtu kan..so better kita jahit sendiri..nak kurang labuh ke..nak tambah luas ke, nak kecikkan ke...suka hati kita la...



 lepas berguru dengan sepupu sy, balik rumah sambung study...sebab dia ajar tak guna nota, so terpaksa guna otak nak buat nota...sy ni jenis kena buat nota..so ade ape-ape yang lupa boleh belek nota..al-maklum menjahit ni bukannya setiap hari kan...so banyak le yang lupa hehhe

pola dah buat..cuma kain belum potong huhuh..okeh nanti bile sy dah pandai jahit jubah ni, sy share kat sini ye..doakan sy berjaya! Boleh kita kongsi-kongsi ilmu jahitan


Wednesday, 18 February 2015

Set kurus bajet


Apa itu #SetKurusBajet?

#SetKurusBajet ialah satu set pemakanan kesihatan bertujuan untuk menguruskan berat badan secara sihat!. Ia mengandungi 3 bahan utama iaitu:-

  1. Garlic
  2. Biovelocity Alfalfa
  3. Mineral Coffee

Kenapa #SetKurusBajet = Garlic+Alfalfa+Coffee ?

Ramai wanita ingin mendapatkan bentuk badan yang menarik. Kita semua tahu betapa pentingnya pemakanan yang seimbang, malangnya ramai antara kita disebabkan sibuk tidak dapat menjaga makan dengan betul.

#SetKurusBajet mampu membantu memberikan kita nutrien yang sepenuhnya disamping membantu proses detoksifikasi. Proses detoks inilah yang akan bantu membuang kotoran



Apa fungsi Garlic (Bawang Putih)?


Google sahaja garlic, kita boleh jumpa beratus website yang menceritakan kebaikan Garlic yang telah diamalkan turun-temurun oleh pelbagai budaya & bangsa.

Antara kebaikannya, ialah menurunkan kadar KOLESTEROL dalam badan


Apa pula fungsi Alfalfa?


Alfalfa pula dikenali pula sebagai Raja segala sayur, dimana satu sudu teh alfalfa dikatakan sama seperti memakan SATU KILOGRAM sayur. Ditambah pula Alfalfa dalam #SetKurusBajet dilengkapi tenaga Bio-Velocity iaitu tenaga cahaya sinaran matahari memberikan kita nutrien & tenaga untuk sepanjang hari!



Apa tujuan Mineral Coffee?



Bagi penggemar kopi, meminum kopi tak menjadi masalah, tapi kepada yang alergik kopi, tahukah anda antara testimoni mineral coffee kami, ialah tiada side effects seperti, migrain, pening, atau lain-lain apabila meminum kopi?

Ini disebabkan mineral coffee kami, mengandungi garam buluh yang mengandungi kandungan mineral yang sangat baik & diperlukan oleh badan.


Betul ke #SetKurusBajet boleh kuruskan badan?

Insya-Allah dengan pengambilan yang betul & konsisten ia boleh membantu. Tak percaya?! Lihat sahaja testimoni-testimoni kami yang terkini dengan Search #setkurusbajet di Instagram.

Kami antara yang mengamalkan setkurusbajet berbanding kumpulan atau produk lain yang hanya berkata-kata, tapi kami menunjukkan bukti!

Antara yang berjaya kami kongsikan disini:-









Berapa harga #SetKurusBajet?

Namanya pun bajet, jadi kami pun cuba memberikan pilihan terbaik untuk anda.





Jadi apa tunggu lagi? Kalau anda sama macam kami, berazam untuk menurunkan berat badan pada tahun 2015, boleh lah mencuba
 

sya 
 014-824 8525
 
-


Monday, 16 February 2015

19 kids & counting


Salam...

Salah satu series yg sy nanti-nantikan sekarang ialah cite ni 19 Kids & counting..serius best...korang kalau ade ASTRO boleh tengok kat channel TLC 707


ape yang menarik minat sy tengok cite ni ialah...bagaimana michelle & jim bob ni boleh jaga anak-anak dorang seramai 19 orang...serius inilah pertama kalai sy tengok orang ade anak seramai ini..camana dorang jaga anak-anak dorang?? aku yang anak 3 kadang-kadang tak larat...huhuhu

bile tengok cite ni, bagi motivasi dan semangat untuk sy menjaga anak-anak...tutur kata dorang lembut je bile bercakap dengan anak-anak..sabar..yes....sifat sabar dan penyayang memang teramat kuat dalam diri mereka...oh sy teramat inginkan sifat itu dalam diri sy!


dan sy sering fikir..camana dorang bawak anak-anak keluar dan dorang sangat behave..satu tips yang dorang bagi ialah dengan amalkan sistem buddy. Pastikan anak ada sorang adik beradik yang temankan dan jaga..biasanya anak yang lebih tua akan jaga anak yang lebih muda. jadi bila kuar ke mana-mana, dorang akan jaga satu sama lain. Bagus kan??

Satu episod lepas anak-anak dorang buat satu kejutan makan malam untuk parents dorang..seronok sangat tengok..bagaimana anak-anak menghargai ibu bapa mereka..itu menunjukkan walaupun dorang ramai anak, tapi dapat menghasilkan "kuantiti yang berkualiti"

Sejak sy menjadi seorang ibu, sy banyak belajar daripada internet, buku, pengalaman keluarga dan pemerhatian..bila tengok kakak-kakak sy berjaya buat sesuatu yang baik dengan anak-anak, sy akan tiru..kalau benda baik, sy fikir, sy akan buat camni dekat anak sy..kalau benda tu tak elok, sy takkan buat benda tu dekat anak-anak..dari situlah sy apply kan dekat anak-anak sy...

yes, melalui siri ni, ade banyak benda positif yang boleh diterapkan..tapi ade la benda-benda yang tak berkaitan dengan ajaran Islam yang tak boleh diapplykan dalam family sy..so kita ambik yang positif, dan buang yang negatif


buku hasil tangan anak-anak perempuan Duggar

sy selalu tengok cite ni sorang je..kadang-kadang je husband join tengok..tapi ade satu ayat hubby yang buatkan sy terkejut

"teringin nak anak seramai ni ke??"

huwaaa....memang sy nak anak ramai, tapi rasanya takde la seramai ni...lagipun umur dah tua hehhehe (mesti mama sy pengsan kalau sy ade anak seramai ni!!)


walaupun anak seramai 19, dah kahwin lebih 20tahun, tapi dorang still romantik..yang ni wajib diapplykan

 =)



Monday, 9 February 2015

Kembali merempit!


Merempit!! Jangan tak tau sy penah merempit dulu tau...masa zaman U dulu, bawak kapcai pegi kelas...Alhamdulillah ade jugak kenderaan nak berulang ke kelas kan...so memang dah bertahun tak naik motor ni..beberapa bulan lepas ade la bawak anak-anak jalan-jalan naik motor..itu pun bawak pusing dekat rumah je..

pastu bulan lepas, husband bagi pinjam kereta dekat adik ipar..so sebuah lagi dia bawak pegi keje..ade la sebuah kereta kakak iapar kat rumah tapi sy belum berani bawak sebab besar heheh..so  terpaksa beranikan diri merempit balik


motor legend ni...husband dah ubah suai sikit motor ni...layan....

hantar hadif ke sekolah bawak kereta...bila pegi ambil dia samada naik motor atau unser (tapi unser ni time pasar tani tak berani bawak sebab susah nak parking!) apepun syukur sebab masih ade kenderaan untuk ambil anak kat sekolah...kalau takde kenderaan memang akan ku gagahi untuk berjalan kaki (echeh...)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...