Tuesday, 8 October 2013

Shichida Methods...mari kita amalkan untuk anak kita


Salam, beberapa hari lepas sy terbaca dalam facebook tentang satu kaedah pembelajaran untuk anak-anak..quit interesting...kaedah ni daripada Jepun, and tak salah kalau kita nak apply untuk anak-anak kita...

Artikel untuk parent and parent to be..

Subject: Otak Kanan - Teknik Jepun Shichida Methods...


Dan inilah orangnya yang mencipta kaedah ni, Profesor Shichida


Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2 thn pergi Sichida kelas...yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah penggunaannya. Kelas ni mahal, kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat aje...dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff melayu yg lain.

Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru seminggu aku buat kat anak aku...dah nampak keberkesanannya. 


1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati...kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun
pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal....sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n Ahad.


 
2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu je,sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek..buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat..macam..a..b..c..d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar...potonglah gambar kat mana-mana dsb.


3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb.
memang le kite yang kene mengemas tapi takpe....satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan....



Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai....sebab depa makan guna chopstik...chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.




4. Jgn marah-marah atau tengking anak........sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri....kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die.....


5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa.....kita pun bukan tak biasa merapu.... 


6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam....bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu........ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat.....semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari....tak payah lama-lama. 


Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks...tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi....Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak......Aku pun tengah try lagi ni...

Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca....


Kaunselor UTM pun ada cakap benda yang sama dan dia
ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna perkataan jangan kat anak-anak.....itu lah yang anak akan buat.....so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak...contohnya...."Tolong senyap Abang,,," berbanding "Jangan bising bang.."

Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2 ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan.


jom sama-sama kita amalkan...tak salahkan..

BB plus collagen




Now presenting BB Plus Collagen..why u must choose this collagen??




Tak hanyir!
BB Plus collagen adalah kolagen ikan.

Rasa sedap
BB Plus collagen dicampur dengan serbuk jus blackcurrant and roselle. Rasa dia macam ribena gitu..

Tanpa Gula dan kolestrol
BB Plus Collagen menggunakan gula gantian semula jadi dengan Indeks Glisemik yang rendah.Sangat sesuai untuk pesakit diabetes.

Saiz molekul yang rendah
Proses hidrolisis menghasilkan peptida (3k saiz Dalton) yang mudah di cerna dan cepat diserap 

Selamat. 
Low risk against pencemaran merkuri dan radiasi sebab BB Plus Collagen menggunakan kolagen ikan laut dalam.

Extra perlindungan anti oksida
Jus blackcurrant mengandungi anthocyanin untuk melindungi kulit muka dan badan daripada sinaran UV dan radikal bebas

Anti alahan dan anti radang
Ekstrak biji anggur dengan OPC (Oligomeric Proanthocyanidins) mengurangkan ketidakselesaan kulit serta menggalakkan penyembuhan kulit.


Ia direka untuk:



Renew
BB plus collagen akan servis mana-mana sel kita yang perlu di rawat, buat detoksifikasi, ganti peptida kolagen bagi rantaian kolagen yang telah rosak or lemah
 
Rebuild
BB plus collagen akan menguatkan dan melindungi rantaian kolagen melalui proses antioksida

Repair
BB plus collagen akan menggalakkan pertumbuhan dan penjanaan sel-sel baru






Hasilnya
Kulit lebih halus, gebu dan mulus
Kulit lebih glowing dan fairer
Kulit lebih firm
Kulit lebih cepat sembuh
Liang roma lebih kecil
Awet muda






Dalam 1 box ni ade 20 sachets..minum 1 sachet samada pagi(sebelum makan) ataupun malam(sebelum tidur)



Campurkan dengan 150ml air kosong..REMEMBER....elakkan air panas ataupun sejuk.Rasanya sedap sangat....


Kalau korang rasa nak yang trial pun boleh jugak..




Ni plak testimonial daripada my happy customer..

 siap request untuk repeat order lagi...


my leader yang konsisten minum BB plus collagen..no edit picture hokey...



now promotion buy 3 box dapat 1 FREE!!!sampai AKHIR OKTOBER 2013 je...

that's mean korang dapat rm135/box....
sangat-sangat MURAH kan??kalau korang nak share ngan kawan-kawan pun lagi JIMAT!!! 

RM180

RM135


contact sy sekarang!!


sya
012-2806710



Wednesday, 25 September 2013

Testimoni: Sabun Marine Essence


Salam...

Korang pernah dengar pasal sabun ni tak?



Sabun marine essence @ lebih dikenali sebagai sabun ketiak...why dikenali sebagai sabun ketiak?sebab bile pakai sabun ni, hitam-hitam di ketiak, celah paha ataupun di leher akan berkurangan..



sy pakai sabun ni dalam 3 minggu..nak tau apa perubahan yang sy alami?1st, ketuat yang tumbuh di ibu jari sy dah hilang...beberapa hari lepas, sy perasan kulit di ibu jari tu bersalin kulit..so sy pun buang jela...pastu bile dok pegang-pegang, rupa-rupanya dengan ketuat tu skali hilang...now tinggal bekas je...sejujurnya dah lebih setahun ketuat tu ade kat tangan sy...



2nd, jeragat yang ade kat hidung sy dah hilang!! serius sy cakap...sebelum ni dah bermacam-macam jenis scrub sy tonyoh kat muka ni tapi hasilnya sama je...actually sebelum ni pakai kat badan je..then bile ade customer yang bagitau jeragat dia dah berkurangan, why not sy pun cuba pakai kat muka..

jeragat...tp ni bukan hidung sy ye hihi


last, hitam-hitam di leher dan celah paha pun dah berkurangan...sebenarnya takdela orang nampak kan...tapi tu semua merendahkan confident kita...and for sure untuk suami jugak kan 
=)


 itulah antara testimoni setakat ni...kalau korang nak beli, boleh contact sy cepat-cepat...sebab stok sekarang susah nak dapat!

Biasanya seketul dapat tahan dalam 3 minggu kalau kita guna sorang..so sekotak tu boleh la tahan untuk 3bulan gitu...


sekotak RM105 (ade 3 bar)
 @
untuk trial RM35/bar

sya
012-2806710


Saturday, 21 September 2013

Sape nak buat GIVEAWAY boleh contact sy...


Salam...

Seronoknya tengok orang buat Giveaway...sy nak buat tak pandai plak...(alasan...sebenarnya takut takde orang nak join huhuhu...) So sy terbalikkan plak...

Ade sape-sape nak buat GIVEAWAY tak????

Sebab sy nak sponsor gift sikit hehhe...



Nanti boleh contact sy untuk more details k

SYA
012-2806710

@

014-8248525 (whatsapp)


Friday, 6 September 2013

Bila Bayi Sembelit...


Salam...

Pernah tak korang alami anak-anak korang sembelit?Sy baru-baru ni telah mengalaminya...kesian sangat-sangat tengok iman menangis bile nak meneran..



1st time masa iman tak poo poo masa dalam umur 5++ bulan...tapi apa yang sy tau, bayi kalau belum start solid food, kalau breastfeed, maksimum anak tak poo poo  adalah seminggu...kalau yang minum susu formula dalam 3-4hari je (maksimum)...kalau lebih daripada tempoh tu, kena bawak pegi ke klinik @ hospital ye...nasib baik masa tu iman tak poo poo dalam 6hari je...fuh lega...

kali ke-2 berlaku masa iman umur 7bulan...kesian sangat masa dia nangis-nangis...tangisan iman pun lain macam je...bile dia meneran, sy bukak pampers and boleh nampak najis dia nak keluar..kadang-kadang berdarah jugak la...tenaga seorang bayi apa la sangat kan...lagipun dorang tak pandai untuk meneran kuat-kuat...so apa yang sy buat...

  • banyakkan minum air

 
  • bagi makan buah-buahan seperti buah limau (biarkan baby hisap daripada ulas buah limau tu) ataupun betik (lenyek-lenyekkan betik sampai hancur)..bab betik ni iman tak suka buah ni so sy just bg buah limau je..



  • stopkan bagi makanan...for me la...kalau ade makanan yang masuk, ia akan membebankan lagi usus dia..nanti semakin banyak najis yang berkumpul

 
  • banyakkan menyusu anak..ni untuk ibu-ibu yang menyusukan anak ye...susu ibu is the best milk in the world..lagipun susu ibu ni senang nak hadam, so tak membebankan usus baby

  
  • masa baby tengah meneran tu, korang cuba buat ala-ala tengah kayuh basikal..gerakkan kaki baby konon-konon baby tengah kayuh basikal la...ni tips sy dapat daripada kawan masa matriks dulu...supaya najis dia senang nak keluar
 
 
  • satu lagi cara yang sy buat ialah dengan mengorek najis tu...nampak cam geli kan..(and menjijikkan huuhuhu) but as a mum, sy tak sanggup tengok anak menderita kesakitan...apa yang sy buat, pastikan tangan bersih ye...kalau nak pakai plastik cover tangan pun boleh aje kalau korang rasa tak sanggup kan..masa dia tengah teran tu, korek jela...
 

kali ke-3 berlaku, takdela teruk sangat..dalam sehari dia tak poo poo...


Alhamdulillah iman sekarang dah berumur 9 bulan...sangat-sangat suka makan...sy bagi makan makanan berat 3x sehari...dan yang paling penting, sistem pencernaan iman pun dah okey...dan yang paling paling PENTING...sy berjaya menyusukan iman sampai sekarang!!!


Alhamdulillah...



Wednesday, 24 July 2013

Promotion: Premium Beautiful



Salam uolls...

Belum terlambat untuk sy bagitau company ade bagi REBATE RM150 kepada sesape yang beli Premium Beautiful!!!



Promosi ni sah sampai akhir 31 December 2013...so kepada korang yang nak nampak ramping, ekslusif dan paling penting SIHAT, 

^
^
^
^
HURRY UP!!!!








syahida
012-2806710

 

Resepi: Kerabu Sotong


Salam...

Ramadhan dah masuk ke pertengahan kan...alhamdulillah...sy dah hampir kekeringan idea nak masak dah huhuh...yela, sy ni masak 365 hari setahun, bukannya 30hari setahun je huhuhu...jadi memang kekeringan idea gak la nak masak...

beberapa hari lepas, tetiba nak makan kerabu sotong...idea datang masa tengah membeli-belah kat pasar tani...so apa lagi, terus cari bahan-bahan dan petang tu masak.....



Bahan-bahan

500g sotong
2 biji tomato (belah 4)
daun ketumbar (racik-racik kasar)
1 labu bawang besar (hiris nipis)
3-4 biji cili padi (hiris)
3 sudu besar sos ikan
1 sudu gula
3-4 sudu air limau nipis
* air bawang putih (daripada bawang putih yang dijeruk)

Cara-cara:

  • sotong dipotong dan dicelur
  • Campurkan sos ikan, gula, air limau nipis..rasakan...kalau ade kurang, tambah yang mana patut
  • Campurkan sotong yang telah dicelur, tomato dan daun ketumbar
  • Siap.....walaaa...........



psst...ni rupanya bawang putih jeruk..kalau kat kelantan biasa dijual di pasar-pasar..ambik airnya




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...