Friday, 6 May 2016

tempahan: dress godet


Minggu lepas siapkan satu dress untuk sorang customer. Design yang tak pernah saya jahit sebelum ni, ape-ape pun saya cuba, dan Alhamdulillah berjaya seperti yang diharapkan

 gambaran lukisan daripada cutomer

 inspirasi saya

dan hasilnya..taraaaa...


godet


Tuesday, 19 April 2016

tips simpan pola pakaian


Apabila dah menjahit, memang menggunakan banyak pola. Pola biasa digunakan untuk pakaian selain daripada baju kurung. sebab baju kurung kita just tanda terus di atas kain je. saya, memang ade masalah nak simpan pola-pola ni, tak tau camana cara yang senang nak cari, jimat ruang & fleksible


hari tu saya utarakan masalah saya dalam geng menjahit. kalau korang ade fb ( wajib lah ade kan hehe) search group Kelas Menjahit & Alatan Jahitan..macam2 tips korang boleh dapat dalam tu..saya kalau bukak fb memang group inilah yang dituju

ok, berbalik kepada persoalan saya itu, ramai yang bagi idea yang bernas dan sangat praktikal..ok jom follow..

 lukis pola atas kad manila dan gantungkan



 simpan dalam fail



 simpan dalam sampul surat A4, dan labelkan nama dan pattern


sangkutkan pada hanger

simpan dalam plastik saiz A4 dan labelkan..pastu simpan dalam kotak 

saya dah dapat idea yang best & akan apply untuk simpan pola-pola saya yang dah berlambak-lambak ni..

thanks kepada ahli group kmaj yang sporting share cara dorang simpan pola




Saturday, 16 April 2016

nombor telefon untuk dihubungi


saya dah bertukar no telefon ye..

014-8248525

|
|
|
|
|
|
|
>

012-2806710

ape-ape pertanyaan @ tempahan, sila hubungi no 012-2806710 ye..minta maaf di atas kesulitan

Thursday, 14 April 2016

musim kemarau April 2016


Aktiviti pada musim panas

pasang khemah kat kebun tepi umah

saje fefeeling berkhemah, breakfast kat luar sambil pasang unggun api ahaks

doktor nasihatkan untuk kurangkan berada di luar rumah pada waktu siang. tapi kitorang terbalik plak. sebab dok dalam umah rasa cam dok dalam oven..seriously...al-maklum dok umah kampung..

buat homework

penat buat homework, main lagi...tapi rasanya waktu bermain berpuluh kali ganda lagi banyak daripada buat keje sekolah..haih...

aktiviti menjahit saya berubah jadual sekarang..petang dah tak boleh menghadap mesin jahit..setakat nak jelujur baju, pasang butang boleh la..sambil-sambil duduk di bawah pokok rambutan dibuai angin sepoi-sepoi bahasa hehehe


sepoi-sepoi la sangat..mahu mata pun lelap sama

ZZZzzzzzzz




Wednesday, 6 April 2016

barut bayi handmade


Mencari-cari barut bayi yang comel?? 


love,love,love this pattern..


Luar: english cotton
Dalam: kain poplin

Rm7/helai
untuk set 6 helai berharga Rm40 

SOLD

SOLD

pm saya untuk tempahan 
014-824 8525


Tuesday, 23 February 2016

Menangani anak tak nak ke sekolah


Masalah anak tak nak ke sekolah, sy dah alami 2tahun lepas..anak sulung sy, tak pernah berenggang demgan sy, al-maklum sejak dari dilahirkan tak pernah berjauhan dengan ummi nya kecuali sewaktu melahirkan adik-adiknya

macam-macam cara sy buat, mintak ustaz buatkan air penerang hati, tak bagi dia tengok cite ultraman, belikan hadiah etc..anak ke2 ni pun sama gak. 

pastu terdengar rancangan ustaz kazim, sy try buat..alhamdulillah menjadi..TAPI, kena konsisten...sy perhatikan bila sy buat tips ni, esoknya marissa tak meragam pagi-pagi ke sekolah..semuanya berjalan dengan lancar. tapi bila sy tak buat, esoknya dia meragam daripada nak mandi, makan, naik  & turun kereta, kat sekolah...fuhhh memang memerlukan ketahanan fizikal yang tinggi

tips nya camni, sewaktu anak tidur, bacakan surah al-fatihah, selawat, dan ayat 9, surah assyura

baca sebanyak 21x

pastu tiupkan di ubun-ubun dan bisikkan harapan kita dekat dia.." marissa pegi sekolah elok-elok, jangan nangis-nangis, jangan meragam tau" 

kita boleh tengok reaksi dia samada dia beralih kedudukan dia tidur, maknanya dia dapat dengar bisikan kita..tak salah mencuba kan

ayat ni banyak fadhilatnya...supaya dimurahkan rezeki, supaya suami lembut hati dekat isteri, anak-anak lembut hati etc

sharing is caring!!


Monday, 22 February 2016

1 customer, 3 jubah berlainan


Minggu lepas, seorang customer request untuk jahitkan jubah untuk anaknya berumur 4tahun





3 design berlainan untuk seorang customer..

nak buat tempahan boleh whatsapp sy

sya
014-8248525


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...