Tuesday, 2 February 2016

Tips nak menceburi bidang jahitan



LANGKAH-LANGKAH NAK MENCEBURKAN DIRI DALAM BIDANG JAHITAN..!!


Ramai sebenarnya tukang-tukang jahit di Malaysia ni, baik di rumah atau di kedai.. Ada juga yang berminat tapi tak tahu nak mulakan macamana kan.. So saya kongsikan pengalaman untuk panduan kawan2 yang lain. Semoga anda juga terus berjaya.

LANGKAH 1


Minat menjahit ada tapi taktau nak belajar kat mana. Disarankan pergi mengikuti kelas2 jahit jangka pendek pun jadi lah. Bila dah belajar, jangan lupa praktikkan. buat testing pada baju mak ke, adik ke, anak dan keluarga dahulu.

LANGKAH 2


Ramai  yang nak berniaga.. tapi tak berapa kisah tentang nak daftar syarikat. Walaupun jahit kecil-kecil di rumah sebaik2nya daftar lah syarikat.. Tak mahal pun , RM70 sahaja. Bukan apa SSM atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebenarnya berguna walaupun jahit kat rumah. Andai kata lah akan datang anda nak buat pinjaman modal pusingan ke , pinjaman mesin ataupun nak beli mesin ansuran sekurang2 SSM ni dpt mengukuhkan pembelian anda. Mungkin bukan sekarang tapi mungkin ia akan berguna untuk   2 atau 3 tahun akan dtg . So kalau 2 tahun lagi baru nk daftar ,, mungkin anda kena tunggu lagi 4 tahun la untuk tambah modal ..

Bila nak daftar syarikat, janganlah hanya tulis bidang >> menerima tempahan menjahit << sahaja. Tulis je apa2 jenis bidang perniagaan seperti, katering ke, membekal, menjual alatulis ke.. apa2 lah. Fikirkan akan datang apa yang anda boleh buat.. mungkin ada dikalangan keluarga yang boleh buat kerja2 pertukangan, wiring. Akan datang kalau nak tambah bidang  ..kena lah tambah duitnya. 

Bila nak pilih nama syarikat, jangan terlalu khusus seperti "KEDAI JAHIT IDA" ..contoh ye . Lepas tu dalam SSM nak letak bidang katering .. kan tak sesuai .. Guna nama syarikat yang boleh merangkumi semua bidang. Manalah tau ada job selain menjahit di masa akan datang .. 

LANGKAH 3


Bila dah ada syarikat atau SSM... sebaik-baiknya bukak CURRENT ACCOUNT atau AKAUN SEMASA atas nama syarikat. Ia sangat berguna untuk mereka yang bekerja sendiri atau berniaga. " ALAH.. TAK PAYAHLA.. BUKAN NAK BUAT PINJAMAN PUN.. BUKAN NAK BUKAK KEDAI PUN".. ni lah biasa orang2 kita selalu fikir. Tapi kalau nak beli kereta? nak beli rumah? Slip gaji dah takda, apa yang kita nak bagi..? Bagi anda yang bekerja sendiri , ambil upah ke buatlah AKAUN SEMASA. Itulah slip gaji kita  yang bekerja sendiri ni.

Biasanya kalau kita dapat projek atau tender menjahit pukal dari syarikat2 ke , atau persatuan2 dan sebagainya, mereka ni nak bayar pakai cek . Biasanya mereka perlukan akaun semasa syarikat untuk pembayaran. Tak perlulah susah2 nak cari orang lain yang ada AKAUN SEMASA untuk clearkan check. Silap gaya orang lain plak tumpang akaun semasa anda .. Dapat gak komisen kan .. 

LANGKAH 4
Bagi mereka yang dah ada kedai.. dan ada rezeki lebih.. daftarlah pulak Kementerian Kewangan ( MOF ) . Pengalaman saya bila dapat tender tapi takde MOF.. automatik kena reject.. MOF ni lah yang mengukuhkan syarikat kita

Walaupun kita ada pelbagai kemahiran .. tapi bila kita kekurangan pengiktirafan di atas.. itu lah salah satu yang menyekat kita dari terus ke hadapan ..


* tips ni sy dapat daripada admin group KMAJ - sis Ida Ismail


Friday, 29 January 2016

Sales: mini tote bag


Mini tote bag


saiz: 11 x 6 x 4 1/2 (inci)
material: english cotton, lining- cotton
harga: rm20 (exclude postage)

boleh dijadikan beg untuk bawak bekal @ telekung


Thursday, 28 January 2016

Mesin jahitku


Mesin jahitku...tanpa mesin jahit ni, diibaratkan kehilangan tangan dan kaki..dialah nyawa, dialah sahabat karib

Di awal pembabitan dalam bidang menjahit ni, saya menggunakan mesin jahit kepala hitam...really old skool you kow hehe..beli pun yang terpakai, dah 6tahun jasanya kepada saya

gambar dari mr google

beli dengan harga rm350 kalau tak silap..dah balik modal 2,3kali ganda kot..jahit baju sendiri, anak-anak dan sedikit tempahan

kemudian rasa nak upgrade sikit ke mesin industri..sebab nak lebih serius dalam bidang ni,in sha Allah..dah 2bulan berjaya mencapai impian ni..syukur Allah permudahkan segala urusan

mesin jahit industri singer 3191

hasil daripada duit tempahan, dapat lah kumpul sikit sebanyak untuk beli mesin jahit ni..next target, mesin jahit tepi plak..semoga dipermudahkan...


Wednesday, 27 January 2016

New babies - tailor mannequin


Actually, dah lama mencari mannequin untuk memudahkan saya display hasil jahitan saya..harga untuk mannequin baru, agak mahal, itu yang dok berkira-kira nak beli ke tak

 berminat jenis yang ni, mannequin jenis wire


yang ni pun suka jugak..kurang berminat dengan mannequin yang ade kepala, tangan etc..sebab agak seksi hehe

mungkin rezeki saya, cari punya cari ( berbulan-bulan dok tengok dalam mudah.com) jumpa satu mannequin lebih kurang gambar 2 kat atas..harga memang berbaloi-baloi, plus dapat free mannequin kids untuk display..berbaloi tunggu lama-lama


saya ni orangnya berjimat sikit kalau nak beli barang..nak beli yang baru boleh je, tapi kan boleh digunakan untuk keperluan lain lebihan duit tu..mannequin 2nd hand saya beli ni memang masih elok,dan cantik..jadi dah jimat lebih rm100 untuk mannequin je...weeee....


Saturday, 16 January 2016

projek sesi persekolahan: lunchbag



Assalamualaikum..sesi persekolahan 2016 telah bermula..tahun ni, 2orang anak sy bersekolah di sekolah berlainan..sorang darjah 1 & sorang lagi tadika..jadual waktu sekarang dah jadi tonggang terbalik..nak hantar dan ambik anak-anak pada waktu yang berbeza..

azam di tahun ni, saya nak bekalkan bekalan makanan untuk anak sulung saya..yang no 2 sebab sekolah dah bagi makanan, jadi sy tak bekalkan untuk dia

 lunchbag utk hadif

untuk marissa

sape-sape yang nak buat tempahan boleh whatsapp@ sms saya 014-8248525




Wednesday, 7 October 2015

Masalah ulser mulut


Korang pernah alami maslah ulser mulut tak?? sakitnya...Allah saja yang tahu..nak makan takde selera sebab pedih..lebih-lebih lagi makan makanan pedas...nak ambik wudhu pun terasa sakit bila kena air


sy ni jenis senang kena ulser...hampir setiap bulan wajib kena..orang kata sebab panas dalam badan, atau kurang minum air bla bla bla...tapi sy ni jenis senang TERgigit bibir mulut..elok-elok je makan dengan berseleranya, tup tup tergigit bibir...dok borak-borak je tergigit bibir...tu belum anak-anak tengah bermain dengan ganas tiba-tiba meluru ke arah sy...dummmm berdarah bibir..


bila sy pakai ubat gigi marine essence ni, alhamdulillah dah jarang kena ulser..dah berkurangan berbanding waktu dulu-dulu..Alhamdulillah Allah tolong merawat masalah sy ni apabila pakai ubat gigi ni...kalau ulser ni di tahap tak tertahan, sy ambik sikit ubat gigi dan letakkan dekat ulser..pedih sikit tapi berbaloi



kalau korang ade masalah ulser atau pun seperti di atas, boleh cuba pakai ubat gigi ni..in sha Allah kita usaha dan selebihnya berdoa kepada Allah

sya
014-824 8525



OBSES dgn pinterest!!


Kebelakangan ni sy sangat OBSES dgn pinterest!! Kenapa sekarang sy sedar kewujudan beliau huhuhu



Kalau tak dibendung rasanya dalam 1 hari boleh habis quota data plan..cara nak jimat bukak masa wifi kat umah mama muahaha


Sy ni tak boleh tengok pasal fesyen, tutorial nak jahit baju..seronok tengok orang jahit baju cantik-cantik, start le berangan nak jahit sama..sy kan obses dengan menjahit, layan kan jela...




Banyak benda yang kita boleh explore dalam pinterest ni..tapi sebab sy ni hanua suka bab fesyen, tang tu jela yang sy tengok..korang boleh check sendiri, kot-kot ade yang sesuai ngan jiwa korang..boleh jadi addicted tau





rambang mata tak??? mahu tak teruja sebab banyak sangat FREE pattern yang boleh korang cuba untuk jahit. siap dengan tutorial tau..tak boleh bagi alasan dah tak pandai jahit, takde pola, semuanya di hujung jari je...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...