Monday, 27 July 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015


Selamat Hari Raya Aidilfitri!!




Daripada kami, Hishamudin & Syahida sekeluarga

Maaf zahir & batin




*complete sepersalinan kami berjaya dijahit sendiri termasuk tudung instant shawl anakanda*

Sunday, 26 July 2015

Resepi: pancake yg gebu


Salam..dah lama tak share resepi kan..hehe..hari ni nak share resepi pancake yang gebu gebas..citernya camni..sepanjang bulan Ramadhan, anak-anak dok request nak makan pancake aka lempeng..setiap hari tanpa miss mesti masak pancake ni..kadang-kadang 2-3 adunan setiap hari

Nasib baik dorang request pancake..makanan berkhasiat kan..kalau mintak maggie ke memang konpem takkan masak..sy dapat resepi ni dari mr google..lupa blog mana..memang tak tukar resepi lain sebab sedap, dan tersangat gebu..kalau masak masa breakfast, tapi makan dalam pukul 3petang masih lagi lembut gitu..


Bahan-bahan:

* 1cawan tepung gandum
*1cawan susu
*1biji telur
*1/2sudu teh baking powder
*4sudu besar gula
*sedikit minyak masak

- campur semua bahan & pukul sampai sebati
- masakkan di atas kuali 



* biasanya susu segar sy gantikan dengan susu dibancuh dengan susu tepung. Kat rumah stok susu tepung memang banyak hehe

* sukatan gula bergantung kepada individu. Kalau marissa ngan iman, dorang makan pancake kosong je. Kalau hadif plak dia makan dengan kaya. Jadi agak-agak la, kalah nak makan ngan maple syrup atau nutella ke, kurangkan gula dalam masakan =)

Selamat mencuba!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...